Monday, August 26, 2013

MAKEUP TIPS: How to apply your eyeshadow?

Assalamualaikum.

Ada beberapa org request Mira utk buat tutorial eye makeup. But since Mira rasa mcm berabad lagi nk buat, Mira buat entri ni utk explain pasal eye makeup dulu k (: 




First of all, eyeshadow. Mira rasa kita tak perlu ada eyeshadow palette yg besar banyak banyak warna tu. Buat apa kan :/ Yg penting, kita kena ada basic colour je. Sbb basic colour ni sesuai dgn apaaaa sahaja cara makeup, natural makeup ke, smokey eye ke, arabian look ke, semua guna basic warna je. 



Ni contoh warna warna basic. 

Tp bg Mira, cukup kita ada 4 warna:

1. Black (first in the palette, from right)

2. Dark brown (second in the palette)

3.  Light shimmery colour/Beige/Nude
(4th in the palette)

4. White/Light matte colour
(last in the palette)

Kalau Mira, Mira beli satu satu eyeshadow from Elianto. Contoh mcm ni, gambar Google je. Kemalasan sgt nk tangkap gambar brg makeup sendiri.



Kalau beli mcm ni lagi jimat, satu ni je rasanya RM8-RM12.
Murah and berbaloi, sbb boleh pakai lama (:








Sumber gambar: Google lagi. 

So this is how you apply your eyeshadow. (cara Mira)

1. First, apply number four. Base colour. Light shimmery/beige/nude colour dkt the whole eye lid. 

2. Second, apply number three. Brown colour, above the eyelid atau dkt bahagian crease. 

3. Third, apply number five. Black colour, dkt hujung mata.
(Banyak mana nk letak tu depends on your eye, sbb ada mata sepet, ada mata besar. So kena pandai2 lah agak agak)

4. Last, apply number two and one. White/light matte colour dkt bahagian dpn mata and underbrow.



Cuba lah okay? (: Practice makes perfect babyyy!



P/S: Sebenarnya cara apply ni juga bergantung pada jenis berus makeup. Tapi tak pe, later if Mira ada masa Mira buat entri psl eye brushes plak (:

Hope entri ni dpt membantu. Thanks for reading! Byeeee. 


Friday, August 23, 2013

MAKEUP TIPS: Loose Powder, Pressed Powder or Two Way Foundation Powder ?

Assalamualaikum.

Hi gadis gadis ! Pernah awk semua tahu apa beza loose powder, pressed powder (compact powder) atau bb two way foundation powder ?

Keeeeee tak kesah guna mana mana je sama asalkan bedak muka ? Haha. K sini kita discuss sikit apa beza ye.

1. Loose powder 

Pilihan loose powder Mira, loose powder Elianto. Skrg tgh ada sale 50% okay LOOSE POWDER ! Siapa tak ada lagi boleh meluru ke Elianto skrg.



Loose powder adalah sejenis bedak serbuk. Loose powder ni Mira banyak tgok makeup2 artis guna. Sbb loose powder ni sesuai digunakan selepas kita pakai foundation. Nnt kulit kita nampak flawlesssssssss je (: Mira selalu guna loose powder bila nk makeup utk hari Raya ke ada event ke apa ke. Haa. Sbb bg Mira, hasil loose powder ni lebih tahan lama dan cantik. Loose powder ni kita boleh guna sponge yg dia sediakan tu atau pun guna berus mcm berus utk blusher tu.




Ni contoh guna loose powder lepas guna foundation. Tambah lagi kena cahaya matahari, silau terus ! Haha.

KESIMPULAN: pakai loose powder dgn foundation dan pada bila bila masa ada majlis-majlis atau bila rasa nk mulus dan cantik lebih ! :p


2. Compressed powder (Compact powder bulat)

Haa ni Mira rasa semua org pun ada. Compressed powder. Compressed powder ni bentuk dia mst bulat ! Tak kesah lah jenama Maybelline ke, Garneir ke, Johnson&Johnson ke, mesti bulat !


Compressed powder ni Mira selalu guna daily. Contoh utk pg class. Mmg setiap hari pakai. Tp pakai tu je tak ada pakai foundation ke apa. Pendapat Mira lah, compressed powder tak kekal lama sgt and compact powder ni sesuai utk touch up. Bila rasa dah berpeluh ke, hidung dah berminyak ke, touch up guna compressed powder (: itu gunanya size dia kecik dan bulat. Senang bwk kemana mana utk touch up.

KESIMPULAN: compact powder boleh guna harian, sesuai utk touch up dan murah berbanding yg lain !



3. Two way foundation (Compact powder panjang)





Two way foundation/ BB two way foundation/ two way cake ni ada laaahh, haa ini lah ghupenya. Haha. Size dia mst panjang ! Ingat ye, panjang. Kalau compact powder, bulat. Mira start mengkaji apa beza antara dua ni sejak dlu masa Mira cari compact powder tp dah hbs terus Mira amik ni. Mira ingat sama je, size yg lain. Tp beza :/ bila sapu two way foundation powder ni bedak dia lg pekat. Maksudnya bedak dia lg tebal. Cepat je putih :O

Okay, two way foundation powder ni coverage dia lebih mulus dpd compressed powder. Hmm apaaa ye ayat sesuai. Haa "heavier coverage".

Kenapaaaa ada nama "foundation", sbb two way foundation ni adalah foundation dlm bentuk kering. Kenapa "two way" plak, sbb kita boleh guna bedak ni dlm bentuk kering atau basah. Kan dia foundation. So caranya kalau nk guna dlm bentuk basah, basahkan je sikit sponge dia lepas tu sapu bedak mcm biasa (: Mengikut kajian Mira, cewah. Emmm bila kita basahkan sponge dia, hasil dia lebih cantik. Bak ayat di atas tadi, "more coverage".


Mira guna Silky White. Tp sama je semua jenama. Mira amik Silky White sbb murah sikit compare dgn Maybelline :p Hiks



Ini adalah gambar dua hari lepas. Gambar ni diambil didalam rumah jiran pada waktu malam sbb dia buat open house. Err kena bgtau ke -.- K tak. Kesimpulannya skrg, kulit boleh nampak mulus dgn two way foundation powder. (Yg ni Mira basahkan sponge.) 


Sumber gambar bedak: Google. Thank you Google.



Tuesday, August 20, 2013

MAKEUP TIPS: Raya and Makeup

Hellooooo people and Assalamualaikum ! (:

It's have been a long time kan since my last post. Lamaaaa sgt. My last post was on June ! And skrg dah nak dkt end of August. Hmm sebenarnya Mira terfikir utk tutup blog ni, maksudnya tak berblogging dah lah atas sebab sebab tertentu lah kan. Tapi bila dah lama lama, rasa rindu plak. Kenapa kita nk stop buat benda yg kita suka sbb org lain tak suka kan ? Well, kalau org dah tak suka tu tak suka jgak lah. Tak boleh buat apa. So ignore the haters and live life to the fullest (:

Okay, so today's entry Mira akn ckp psl makeup during last Hari Raya ! Not exactly Hari Raya, sebenarnya time ni ada wedding. So yeah, makeup lebih sikit :p Hehe.

Since last few months,I spend most of my time infront of the mirror and main makeup makeup. Haha mcm tak ada kerjakan ? -.- Kadang2 makeup kakak and adik Mira. Dorang jd mangsa eksperimen. Kalau buruk, cuba lagi. Kalau lawa, bahagia selamanya sbb berjaya. Haha. But I'm in love with makeup stuffs. Mira akan tgok makeup tutorials dkt YouTube lepas tu try lah.




Ini kononnya contoh makeup yg Mira nk try utk wedding hari tu. Mira nak guna warna bronze dgn brown. Tp sebabkan hari "tu" nk cpt sgt, sbb nk kena makeup diri sendiri, kakak dgn adik, so dia hentam sahaja.

HASILNYA ?


Haa ada lah bronze dgn brown sikit2. Plus Mira makeup hari tu dkt bilik gelap. Lampu dah lah tak terang, warna kuning plak tu. So Mira tak boleh nk beza sgt warna bronze dgn brown yg Mira dah sapu dkt mata :/ Last2 blend in je dua dua colour tu.

1. Utk eyeshadow, Mira guna warna bronze (dalam) + brown  (luar)
2. Liquid eyeliner warna hitam, buat cat eye sikit sbb nk bagi mata naik.
3. Pencil eye liner warna putih utk bwh mata utk nampak mata bagi besar.
4. Mascara "Big Eye" from Silky Girl. Serious mascara ni memanjangkan bulu mata ! Dah lah MUR ! (Mur = murah)



Untuk makeup kakak Mira plak, Mira buat emmm simple je. Warna2 brown jgak. Tp kakak Mira ni tak suka makeup sgt. Dia kalau boleh nk pakai eyeliner je. Mascara pun dia tak nak pakai :/ So utk wedding tu mira pakaikan dia eyeshadow sikit dgn lukis eyebrow dia.

Eyebrow Along (panggilan kakak Mira) sgt serabut k. Serabut lah jgak. So apa yg Mira buat, Mira lukis eyebrow dia buat line guna eyebrow pencil Elianto, and warnakan dalam guna eyebrow pencil Silky Girl. Baki2 bulu kening yg bertaburan diluar lukisan kening tu Mira cover guna eye concelear dgn bedak (: As simple as that !


  
So this is Aina ! Adik Mira. Ignore muncung itik tu fokus pada mata. MATA. Sbb tu ada bulat disitu. Haha.


Masalah Aina, hm dia tak ada bulu kening (NANGIS !) Bukan  tak ada langsung lah tp nipissss sgt mmg tak nampak bentuk. Susah sikit lah :/ Banyak kali Mira adjust kening dia. Hasilnya, jadilah setebal gini. Tak apa lah, since dia pengapit hari tu, tak apa kening tebal2. Hehe, nampak lah dpd atas pelamin tu. 

Step yg sama Mira buat, lukis dulu bentuk guna eyebrow pencil Elianto and warna dkt dlm guna eyebrow pencil Silky Girl.
 (will upload photos of my makeup stuffs soon !)



That's all for now, thanks for reading ! (:

P/S: Tudung yg Mira pakai tu actually tudung bawal empat segi. Tp Mira pakai lain sikit ! Pakai mcm shawl (:

(Utk gambar full outfit boleh tengok insta Mira : j_mirafilzah)