Thursday, May 30, 2013

Hellooooooo JStore !

Assalamualaikum,

Sesiapa yg follow Jovian Mandagie dkt instagram, mesti dah tahu JStore tu apa. Hehehehehe :D 

JStore, merupakan butik baru Jovian Mandagie di Jalan Maarof, Bangsar ! Yg bestnyaaaaa, dlm butik baru ni ada koleksi RTW (Ready To Wear) Jovian yg korang tak perlu lg beli through online ! :D Ouh, tp koleksi2 baru spt Jova, Orked for Tesco dgn Falling Feathers belum ada laaaagii lah (: tu semua collaboration Jovian dgn Fashion Valet, Tesco dan Zalora. 

Dkt butik ni ada macaaamm macam, ada koleksi2 RTW Jovian yg lepas, ada koleksi2 casual wear, ada JHomme !, hehe ada handbaaagggg, ada accessories DAAANNN yg paling penting ada JHijab (: 

First day opening of JStore, hari Jumaat ni pukul 10 pg sampai 8 mlm.
112, Jalan Maarof Bangsar.

Sesiapa nk shopping, singgah lah siniii ! I'm very sure, you gonna love it ! <3
Hehe sbelum tu tgok dlu gambar2 pelancaran JStore semalam (:

BIG 'J"

Can you see what I see ? Hehehe.
That's me ! Thank you Jovian :*

Ketibaan tuan puteri memakai Jelana by Jovian Mandagie dan JHijab Seha (:





Ni baruuuu level bawah. Tingkat 2, 3, 4 korang boleh tgok dkt http://www.keek.com/MiraFilzah !
Liveeee Mira tunjuk korang. Hehe

Sampai sampai sana kita tukar baju, 
pakai Jaxine by Jovian Mandagie dan JHijab Sakura ! :D

With the big boss Jovian Mandagie, and his cute girlfriend Nina.

Aunty Mira with Miraaaaa ! :D

With Lisa Surihani (I adoreeee her so much. Duduk dkt2 nak amik aura sikit, haha) 
and my JHijab sista, Amelia ! <3
Kalau nak tahu koleksi Jovian dan Lisa yg baru, tunggu June ni (;
#LSforJovian

**Sesiapa nk tahu pasal koleksi ni, boleh baca dkt rotikaya.com

Mak cik ni suka datang hulur dekat2 banyak kali, dah lah saya tak boleh tolak benda benda manis mcm nii.

Eheemmmm, cantik kaann ? (:

Habis dahhhh !





















Monday, May 20, 2013

Voice over !

Assalamualaikum (:

(hiraukan eyebag plssss. Panda sgt)

Siapa tengok Dunia Lola episod 2 td ? YaAllah teruknyaaaaaa *ckpdekatdirisendiri*. Hahaha. Sebenarnya kalau ada yg perasan episod td banyak 'voice over'. Tahu voice over tu apa ? Maksudnya scene yg kita berlakon tanpa berckp, suara rekod kemudian. Hehe

Haaaaaaaaa. Ni laaahh yg susah bg Mira. Mira rasa lg senang kita berlakon bila kita berckp. Sekurang2nya kita boleh buat memek muka tu serentak dan sesuai dgn apa yg kita nak ckp tu kan ? Hehe, ni tak. Mira rasa episod 2 td masa banyaaakkk sgt voice over tu kan, masa Mira berlakon, Mira sendiri tak berapa ingt memek muka mcm mana kena buat sbb Mira sendiri tak berapa nk ingat skrip Mira utk voice over. Teruk betul -.-' dan hasilnyaaa mmg teruk. 

So tak apa lah ye, redha je. Shooting dah lepas. InsyaAllah lain kali kalau ada rezeki kita improve lg yeeeeee. Hehe, insyaAllah (: Ni namanya proses pembelajaran. Bila Mira sendiri tgok Mira dkt tv, Mira sendiri dpt detect apa salah silap dan kekurangan Mira. 

Maaf ye kalau ada mana mana kekurangan dlm Dunia Lola tu ? (: Bye ! <3




Monday, May 6, 2013

First and Second Day shooting Dunia Lola

Assalamualaikum (:

Semuanya sedia maklum di twitter *ececehh* hehe Hijabista TV Show dan Dunia Lola akan mula bersiaran di Astro Ria pada 12 Mei 2013, pukul 7 ptg. So maknanya start 12 Mei nnt, Hijabista TV Show ni akn bersiaran setiap Ahad dan ulangan hari Jumaat ! (:



Tuhan je tahu nervous dlm hati ni nk tgok lakonan sendiri dkt tv. Takut mcm mana reaksi org nanti, boleh terima ke tak ? Sbb nanti mst ada org akn kritik ke comment ke, tu kena bersedialah kan, perkara biasa. Tp Dunia Lola ni skjp2 je episod dia, mcm Impian Ilyana dulu masa Diana Amir baru2 berlakon ! Rasanya dlm 8 to 10 minutes per episode sbb drama ni one of the segment dlm Hijabista TV Show ni.

So hari ni Mira nk cerita sikit pengalaman Mira berlakon, first time ! 






First day.

First day Mira, start dgn semuaaaaa scenes Mira seorang dlm rumah. Maknanya first day Mira berlakon tu mmg Mira alone tak ada pelakon lain. Mira sorang je pelakon. yaAllah, takut yg teramat amat takut dlm hati ni. Mcm mcm timbul dlm kepala. Jujur Mira ckp, first day ni Mira struggle sangat sangat. Awal2 tu okay lg, sbb pagi kan, kita pun semangat, segar, tp bila dh shooting sampai ke  malam semua scene Mira sorang plak, lama lama semangat tu turun. Haih. Kaauuuu dh terima, sign kontrak baru nk takut2 ! Haaa amik kau !

Scenes yg Mira buat first day ni bukan first episod tau, maknanya semuaaa scenes yg Mira sorang, tak kisah lah first episod ke, second ke, episod ke tujuh ke, asal yg ada scene Mira sorang, buat hari tu. Director ckp Mira banyak control senyum ! Dah mmg Mira dah terbiasa control senyum dpn camera masa photoshoot, jd senyum tu mmg automatic keluar bila director suruh senyum. Bayangkan Mira nk buang "control" tu susah sgt. Mira mmg dh biasa sgt, sbb banyaakkk dh photoshoot yg Mira buat, Mira bg senyuman yg sama, Mira belajar utk control senyum tu, maintain senyum yg sama utk photoshoot. Jd bila berlakon ni Mira rasa susaaahh sgt. Mira cuba, tp director still ckp benda yg sama. "CONTROL". Tu yg lama lama down tu :"(

Start shoot masa first day tu pagi, habis around 10 mlm mcm tu sbb itupun ada lg few scenes yg tak hbs. First day tu Mira rasa penaaat sgt, tak pernah kan berlakon. Hmm, sbnrnya last scene yg Mira buat masa first day tu, Mira mcm down sikit dgn diri sendiri sbb Mira tak boleh buat dgn baik. Tah lah, tak tahu mcm mana nk describe perasaan ni. Bila habis je shooting mlm tu, Mira balik, masuk dlm kereta, berjuraaiiii air mata ni keluar. Lepas semuaaa dlm hati ! Dia bukan apa, Mira tak suka kalau sesuatu yg Mira buat tu, Mira tak dpt buat yg terbaik dan org tak puas hati, Mira rasa mcm sedih sgt sgt. Sampai dlm hati ni fkr balik kenapalaaahhh kau terima offer ni. Dah lah watak utama, setiap hari ada shooting, semua scenes ada Mira. Mcm mana Mira nk hadap semua ni, kalau first day pun Mira dh frust gila. Dlm kepala Mira dh set yg Mira tak nak berlakon lg ! Bayangkn rasa frust tu sampai dh set mind mcm tu sekali ?




Second day.

Second day ni, ada pelakon lain. Ada Mustapha Kamal, yg jd abah Mira dlm cerita ni, Susan Menon, mama Mira dgn Boboi, jd adik Mira dlm cerita ni. Mira rasa happy sgt bila dpt tahu Mustapha Kamal akn jd abah Mira dlm cerita ni (: Sbb Mira mmg banyak tgok dia berlakon, dia mmg sesuaaaii sgt watak seorg ayah yg penyayang. Kan ?! Cth mcm Awan Dania (:

Masa Mira dtg shooting set hari kedua ni, mmg nampak mata bengkak, dgn tak cukup tidurnya, menangis plak malam semua. Mmg berat hati ni masa nk pg shooting second day ni. Mira rasa mcm nk quit pagi tu. Rasa lah, tp mana boleh kan -.- kita dh start first day nk main quit2 plak, kena saman baru tahu. So Mira dgn redha, pasrah, (ayat tak boleh blah, eh tp betul ! tu perkataan paling sesuai. hehe) cuba naikkan semangat utk hari kedua shooting ni.

First scene masa second day tu Mira dgn Mustapha Kamal je. Sebelum start shooting Mira ckp dgn dia, "Uncle, ni first time Mira berlakon. Sorry kalau nanti banyak take". Dia plak senyum kt Mira, kata "tak apaaa" (: Senyum dia tu buat Mira rasa selesaaaa sgt. Sangat "fatherly". Haha.

Next scene plak, scene Mira dgn Susan Menon, dgn 'mama' Mira. Mira sukaaaa tgok dia, cantik (: Maklumlah, bekas ratu cantik Malaysia. Dia panggil Mira, Laila. Sbb nama watak Mira dlm cerita ni 'Laila'. "Come Laila, sit here with your mummy". Mira ni sebenarnya jenis yg tak reti bersembang. Serious. Mira bukan jenis yg sombong, Mira senaangg sgt nk senyum dkt org, tp Mira tak reti bersembang ! Mira tak reti nk bersembang kalau dgn org yg baru Mira kenal. Membosankan, kan ? :( tp kalau dh kenal, lain cerita lah. Hehe. Banyak lah Susan Menon ni tanya Mira, dia tanya Mira, Mira minat ke berlakon, apa Mira rasa bila berlakon, suka ke tak, and last dia tanya, Mira nk berlakon lg ke tak. Automatic Mira ckp "tak kot". Bila org tanya mcm tu, dia timbul satu rasa yg mcm sedihhhh sgt. Sedih sbb Mira tak boleh buat. Lepas tu Mummy Susan (Susan Menon suruh Mira panggil dia 'Mummy Susan' sbb dia tak nak Mira panggil dia aunty, haha) dia pgg tangan Mira, dia ckp slow2. Dia kata kdg2 kita tak tahu, maybe ini rezeki Mira walaupun Mira tak pernah terfkr pun psl berlakon. Tak pernah2 berlakon tiba2 dpt watak utama. Haa dia kata, mmg ini rezeki. Mungkin awal2 lg Mira rasa tak selesa, lama lama Mira sendiri akn suka berlakon. Dia kata, mungkin rezeki Mira dlm bidang ni, who knows ?. Bila dia ckp mcm tu, Mira mmg tak tahu nk respon apa, senyum je. Tp Mira sukaaaa sgt dia pgg tangan Mira, sbb Mira dpt support dpd org lain. Bayangkan masa first day, langsung tak ada siapa nk bg kata semangat, hari ni (second day), Mummy Susan banyaaakkk sgt bg kata2 semangat.






Lepas hbs sembang dgn dia, scene Mira dgn dia plak. Dlm scene ni, dia ada bab marah dan pujuk memujuk sikit antara anak dan ibu. Dalam scene tu, masa Mummy Susan ni berlakon jd marah, sumpah Mira rasa takut sgt ! Mcm real ! :D Mira nampak mcm mak Mira sendiri betul2 marah ! Hahaha. Tp Mira mcm nk tergelak sbb tiba2 muka mak Mira tgh marah terkeluar -.- Mcm manaa tiba2 muncul mak tah :p Nampak tak berkesannya lakonan Mummy Susan ? Then bila bab pujuk memujuk tu, dia pesan kt Mira, "be real". Kita berlakon ni jd diri kita sendiri. Mcm mana kalau mak kita marah kita, mcm tu jgak lah kita kena tunjuk dlm berlakon. Mst nampak real. Mira banyaakk sgt belajar dpd apa yg Mira nampak. Bila Mira tgok Mummy Susan, baru Mira faham sbnrnya mcm mana nk berlakon. Scene tu Mira rasa lega, happy semua perasaan positif sbb Mira dpt buat dgn baik ! Alhamdullillah. Baru lah Mira rasa lega sikit, and Mira baru faham sikit2 dgn 'berlakon' ni (:

P/S : Kalau korang perasan, semuaaa gambar shooting Dunia Lola yg Mira post dkt Insta ke apa ke, mst Mira ada pakai warna hijau. Tak kesah lah tudung ke, inner ke, baju ke, mst kena ada hijau ! Semua sbb Sunsilk ! :p Tgok bilik Laila pun warna hijau k semuaaa. Hehe.





OUH, dah lama Mira tak check fb semua. Lately ni banyak sgt bgtau Mira banyak fake acc fb/twitter. So nk minta tlg ramai ramai tlg reportkan boleh ?

Facebook :


Twitter : 

Tak tahu lah kalau ada yg lain ke tak, but so far ni je yg Mira jumpa. Mira malas sgt nk ambil port pasal benda2 mcm ni sbb dah banyak sgt. Tp takut fake acc ni salah guna gambar Mira, so kita report je lah atau block. Tolong eh ? (: Thank you <3