Tuesday, May 29, 2012

Safiyya

Hello dan Assalamualaikum.


malam nii, saya nk update sikit psl shoot utk Safiyya semalam ! (: 


okaayy kita mula dgn gambar pertama, time make up daaaannn gambar gambar seterusnya :



make up oleh Marliy Kama. haaaa panjang taakk bulu mataaaa ? :D *kelip kelip mata* hehe. Marliy Kama ni pandaaaaaii sgt make up mata ala ala arab atau smokey eyes (: haa ehh tp dlm gambar ni tak pakai lipstick lg taaauu. sbb belum tuka baju lagi, so takut nnt time pakai baju terkena baju. 






ni baju pertama yg saya pakai. tudung dgn baju ni OHB belum launch laaaagii. insyaAllah sebelum puasa ni Online Hijab (OHB) launch (:

saya yg first start shoot, masa tu ada 3 org model. saya, Aurora (model OHB lagi satu) dgn Elia Elia jejariruncing. haaa mesti ramai kenal dgn Elia ni kaann ? bekas tunang Apek, penjaga gol Malaysia yg saya tak berapa minat tu :/



Elia ni kecikkkk je (: ni time ni dia pakai heels, mira tak. mmg kecik, comel comel orangnya (: 



ni baju kedua (: baju yg sama saya pakai utk shoot cover Mega hari tu. nama baju ni Love Leapord. from Yasalma Collections. harga dia RM390 (: Yasalma tak ada butik ehh, tp baju baju dia ada jual dkt butik OHB. so siapa nk beli baju Yasalma ke, nk tengok tengok ke, nk try try ke, boleh dtg dkt butik OHB dkt Plaza Damas k ! :D

insyaAllah Safiyya ni akan bersiaran bulan Julai nantii. tp saya kurang pasti minggu ke berapa. tp dah tahu nnt saya update dkt page k (:


sebelum saya nk ckp bye bye saya ada benda nk bgtau sikit dkt semua yg baca entri ni. hmm *muka serious*

hmm saya dah banyaaakk kali check dan org juga ada hantar dkt saya, mmg banyak fake account yg guna nama saya gambar saya ataupun yg guna nama lain tp gambar saya. saya dah malas dah nk kesah sangat psl benda ni. penat. tapiii, apa apa pun saya nk tinggalkan pesanan dkt sini.

kepada sesiapa yg buat fake account ni, tolong lah delete acc tu balik. saya tak tahu apa motif, apa yg awk dapat, cuma apa yg saya tahu, account account fb ni akan mengelirukan orang lain. itu je. jangan lah buat mcm ni lagi, ambil gambar org, buat fake account ni salah tau ! 

kang nnt degree saya belajar Cyber Law kang baru tahuuu, haa tak pasal2 kena saman :p hehe *memandai je*.

k serious balik. saya hanya ada satu account sahaja. Amirah Filzah. mmg account ni dah full, tetapi saya TAK AKAN buat account kedua atau account lain. kalau korang jumpa account lain, tu bukan account saya. okay ? kalau jumpa tolong lah report bg pihak saya. 

haa update status dkt BB ye ?! untung lah orang ni, saya sendiri tak ada BB :'(

gaya awk taip bio tu dh mcm gaya saya taip dkt blog. terima kasih sgt sbb promote blog saya dgn fake account ni, tp tak perlu lah mcm tuuu. saya lagi berterima kasih kalau fake account ni tak wujud.

ada lagi beberapa account yg saya post dkt wall fb saya. saya mintaaaaa sgt org org ni tolong lah delete balik fb fb ni. apa laahh yg awk dapat dgn buat mcm ni, tak kesian langsung dkt saya :'(

sekian. 

P/S : jangan lupa beli Majalah Remaja edisi Jun k. saya paaaaalingg suka shoot time ni sbb shoot dkt wayang. hehe dpt makan popcorn mahal free plak tu :p








Monday, May 21, 2012

Ikon Hijabista

Hello dan Assalamualaikum.






mesti ramai yg pernah dgr "Pencarian Ikon Hijabista 2012" oleh majalah baru, Hijabista (: kan ? hehe best kaaaannn majalah ni ?! :D k dah, malam ni saya nk cerita sikit tentang pendapat saya mengenai seorang Ikon Hijabista.


Ikon Hijabista bg saya, mesti lah seseorang yg mempunyai kecantikan luaran dan dalaman. malah kecantikan dalaman tu, laaaagii penting (:


salah satu syarat penyertaan Ikon Hijabista 2012 ni adalah setiap peserta perlu menyertakan senarai penglibatan, pencapaian dan aktiviti dalam akademik, persatuan kebajikan dan kerjaya. bg saya syarat ni penting ! dan mmg patut pun ada, sbb pencarian Ikon Hijabista bukan sekadar rupa, tetapi yg lain pun perlu diambil berat.


pendapat saya, seorang Ikon Hijabista adalah seseorang yg mempunya latar belakang pendidikan atau pencapaian dan kerjaya yg baik. bagi saya, emm jangan sesiapa terasa tau, sbb syarat Ikon Hijabista ni bermula umur 18 tahun kan, bg saya mungkin umur 18 tahun tu belum sesuai utk dijadikan ikon. jangan sesiapa terasa plak taaaauuu, :( ini hanya lah pendapaaat. sbb pada umur 18 tahun tu, saya rasa belum banyak lg pengalaman dan pencapaian seseorg sehingga utk digelar IKON. Ikon Hijabista mungkin patut diberi kepada sesorg yg lebih berumur, yg mempunya lebih pengalaman, kerjaya dan latar belakang yg baik. dia juga haruslah mempunyai personaliti yg menarik, menutup aurat dan pada masa yg sama dia mesti pandai bergaya ! hehe nama pun "Hijabista", mesti lah kena styleeeeeee (:


Ikon Hijabista layak diberi gelaran pada wanita berkerjaya mahupun pada wanita yg sudah berkeluarga. sebagai contoh, pilihan saya, Datin Norjuma.


cantikkaaannn :') boleh menangis tgok dia ni cantik sgt. saya pernah jumpa dia dkt Karangkraf. baikk je dia tegur "hi saya Juma :D" sambil senyum. hehe


Datin Norjuma dah berkeluarga, ada suami, dan tiga org anak. tetapi pada masa yg sama dia juga berjaya sebagai seorg business woman dgn business tudungnya, AidiJuma (AJ). latar belakang pendidikan dia juga bagus ! dia ada Degree in Business Administration kaann ? dkt UIA laaagii :p haaa pandai dan cantik ! saya sendiri jadikan dia sebagai idola. I adore her so much <3


sebelum tu saya nk promote satu contest AidiJuma, hehehe :



PENCARIAN GADIS NEO-HIJABI AIDIJUMA 
cepaaaattt ! ada 10 hari je lagi utk hantar gambar semuaa. 6 finalist akan dipilih utk Lembaran Fesyen dlm InTrend dgn Datin Norjuma ! :D

sila click InTrend ataupun AidiJuma

hehe habis promote, skrg saya nk bgtau pilihan Ikon Hijabista saya yg kedua, Yunalis Zarai, atau pun Yuna (:


Yunaaaa, dia sangat berbakat ! dia ada Degree in Law taauu, haa jgn main main. bukan senang tuuu, tp pada masa yg sama dia mempunyai bakat sebagai seorang penyanyi dan penulis lirik. dia juga dh bawa nama Malaysia merataaaaaa tempat ! ini lah yg saya katakan pencapaian yg perlu sesorg ada utk menjadi Ikon Hijabista. bg saya, Yuna hebaat sgt ! <3 pencapaian dia adalah sesuatu yg boleh dibanggakan (:



P/S : ini hanyalah pendapat semata2, saya minta maaf bg sesiapa yg tidak setuju dgn pendapat saya k. peace yaaaaaww ! :*


with love, Amirah Filzah ~


Wednesday, May 16, 2012

I'm BACK ! :D

Hello dan Assalamualaikummmmm ! (:

yaAllaahhh berhabuk sgt dah haa blog nii. saya banyaaaakkk sgt cerita nk update dkt blog ni, tp apakan dayaaa, masa tidak mengizinkan :( hmm k. eh ehh, perasan tak saya dh tukar background bloggg ? :D sekaranggg saya akan pendekkan beberapa cerita dalam satu entri ni.

mula mula sekalii, terima kasih untuk semuaaaaaa yg "like" gambar saya dlm Jubah Dubai Souq. untuk pengetahuan semuaaaa, saya adalah pemenang gadis jubaholic sesi Kuala Lumpuuuur ! (: Alhamdulillaaahhh. ni semuaa sbb like like awak semuaa. terima kasihh sangat :*


ouh kalau kurang jelas click gambar ni yeee, (: sbb kalau tengok mcm ni mmg tak nampak. saya yg rabun pakai spek pun tak boleh nk baca. hehe

haaaa itu satu ceritaaa, ni cerita kedua plaaakk. hmm saya mungkin tak kan update blog selalu mcm duluuuu :( HAL INI KERANAAAAAAAAA, saya kekurangan masaaaaaaaaaaa. waaaaaaa :'( saya rinduuu sebenarnya dkt blog saya. hmm hmm.

Alhamdulillah, sejak saya hbs Asasi ni, banyaaaaakk sgt tawaran photo shoot yg saya terima daaann sebagainya. hampir setiaaap hari ada photo shoot. sabtu ahad pun. kadang2 saya rasa saya sendiri tak ada masa utk kawan kawan. balik je photo shoot mestii, POMMMM ! tiduuuur -.- kadang2 penaaat sgt saya rasa. skrg ni saya dah jd full time model dah, sbb cuti saya lama sampai bulan 9. Alhamdulillah saya bersyukur sgt pada Allah. murah rezeki saya sekarang ni. blog ni mcm dah terabai dah sbb saya jarang hbskan masa saya dpn laptop. kalau saya online pun, saya akan online skjp je utk check apa2 yg penting. rasa mcm nk tutup je blog ni buat sementara tp sayang plaakk :(

buat sementara nii, saya biarkan dulu blog nii. insyaAllah kalau saya ada masa, saya akn update blog ni dari masa ke semasaaa (:

keratan Majalah Keluarga edisi Jun 2012




haa sama tak mukaaaa ?! nama model ni Riza Ainurin. dia dah kahwin dan ada anak comel dah taaauu (: tp dia tetap cun ! banyak yg kata muka saya dgn Riza ni sama (:


majalah Keluarga edisi Jun ni adalah shoot pertama saya pada awal bulan 4 lepas habis je Asasi (:

yang ketigaaa, saya nk minta ramai ramaii tolong doakan bg atuk saya cepat sembuh. semalam dia baru je lepas buat operation. prostate dia bengkak. ni penyakit lelaki lah, saya kurang tahu. hehe. apa apa pun saya doakn dia panjang umur dan kesihatan yg baik sehingga akhir hayat. dan opah opah saya juga ! sebaaaabbb, saya naaakk, masa saya kahwin nanti, dorang ada ! (:

nak tahu tak satu HOBI atuk ? atuk sukaaaaa tangkap gambar. itu satu hobi. dan dia suka sgt amik gambar cucu2 dia dlm fb, atau scan balik gambar2 lama cucu dia lepas tu dia edit. yg peliknyaaaa, setiap kali dia edit gambar saya, (kalau dlm gambar tu ada org lain jgak), dia mesti blurkan semuaaa muka kecuali muka saya ! ada saya nampak dlm computer dia, dia scan gambar saya masa kecik dgn abah. ada dlm 3, 4 keping gambar. semuaaa tu dia blurkan muka abah :/ muka saya je cerah nampak. hahahaha saya tak tahu knp, tp mungkin dia suka kot effect blur ni. sbb tu semua gambar dia buat mcm tu :p

ni gambar tadi. dia tengah tiduuurr.

ni sebelum operation. happyyyyy saya tgok atuk senyum mcm ni (:

atuk cepat sembuh yeeee :* nnt kalau atuk duduk hospital tu atuk tak dpt stalk angah mcm atuk selalu buaaat. hehe. I love you the most ! <3


P/S : sampai sini dulu saya update blog, sbb esk saya kena bangun awal ada rehearsal. haa saya akan buat persembahan untuk dinner BLS law UiTM Shah Alam hr Jumaat ni dkt SACC Shah Alam. saya akan perform balik Asmaradanaaa (yg saya pernah upload video tu) and one new solo dance

(:

 emm imagine, me, in this outfit, emm forrrr. hehe i guess, we have to wait for the video then. insyaAllaahh, itupun kalau ada org rakam :p