lama jgak saya tak update blog kan ? saya rasa setakat niii, ni kot paling lama saya tak update blog. hehe. selalunya paling lama pun seminggu sekali. ni dah lebih seminggu. lebih seminggu sikit lah (: apa apa pun saya dah sampai rumah ni boleh laaahh update blog. okay dah, saya banyaaakk sgt sebenarnya nk cerita. blog ni lah tempat saya bercerita.
hmm, mari saya mulakan bercerita psl hari malang saya. pada hari Sabtu yg lepas, saya ambil MUET dkt SMK Datok Lokman. weeeeeell, emmmm okay lah ! (: insyaAllah, boleh lepas kot. hehe. taapii, masa otw balik dpd MUET, saya accident. antara kereta dgn kereta. Alhamdulillah, saya okay je lah. tak ada apa apa pun berlaku dkt saya. kereta je. cuma yg saya pelik, accident tu berlaku dlm keadaan yg sgt perlahan. langgar pun perlahan je, taapii, terbukak lah jgak bumper kereta saya belah kanan. hmm, saya wonder mcm manaaaa lah kereta saya boleh jd mcm tu, sedangkan langgar slow je dan, kereta lelaki cina tu pun kemek je :/ tak adilnyaaaa. knp dua dua kereta tak kemek :( pttnya kereta saya pun kemek sikit je. hmm.
tambah lagi, nk dibuat PANASnya cerita ni, dua2 tak nak mgaku. dan saya pun tak nak mgaku sbb saya tak salah. akhirnya, cina tu kata nk report polis. haa pg lah report, saya pun report lah kan. hari Sabtu tu jgak ktorg report polis. tp Sarjan yg uruskan ktorg punya masalah ni, dia kata tak boleh nk buat keputusan hari tu jgak siapa yg salah. sampaikan terpaksa pg tempat accident tu utk ambil gambar semua utk buktikan siapa yg salah. Sarjan tu kata dkt abah dgn cina tu, minggu depan (which is this week) kelua lah keputusan siapa yg salah. kalau dia tak call, incase dia lupa, call je dia. saya balik rumah semalam saya tanya abah, abah kata dia dah banyaakk kali call tp tak ada siapa angkat. haihh. abah plak minggu ni sgt busy. nk ke balai polis pun tak ada masa minggu ni. sampai skrg lah kereta saya tu tak dpt repair. sbb kalau repair dulu tanpa kelua report polis, abah kena bayar sendiri. tak boleh tuntut insurans. kalau tuntut insurans kena tunggu keputusan polis lah. itu lah yg diberitahuuuuu. kesian saya tengok princess saya terkurunggg je dlm rumah tak gerak gerak, cacat dah muka dia sikit :(
patutnya lepas MUET, saya plan dgn mak abah nk kelua beli baju casual utk pakai pegi class. nampaknya plan tu tak menjadi sbb kejadian ni. hmm, lepas accident, saya macaaaammm moody sikit. kalau dulu saya EXCITED nk masuk sem 2. ni saya rasa macammm tak nak masuk plak. bayangkan, saya hanya bwk 4 baju kurung dan 1 jubah utk hari Isnin sampai Jumaat pakai pg class. tshrt dlm 2, 3 helai je utk tidur. almari saya dkt Kolej Mawar tu kosong ! saya tinggalkan bekalan makanan2 saya, saya tinggalkan laptop, satu buku pun saya tak bwk. haaihh, saya pun satu. minggu pertama sah sah lah banyak masa free dan lec tak mengajar. kalau class hbs awal je, atau cancel, saya balik bilik, duduuuukk termenung. tp saya dah ada assignment tau ! next week presentation :/ laptop tak ada, buku tak ada. kerja saya jalan jalan pergi bilik kwn je lah. saya pg bilik kwn saya, dan tengok video2 lagu Girls Generation. hehe. saya yg tak minat korean sgt ni dah jadi suka plak (:
sepanjang 5 hari sem 2 ni, saya langsunggg tak tangkap gambar apa apa pun. mmg entri kali ni kosoooonngg je tak ada gambar saya. ouhh, saya ada benda nk bagitahu semua (: tengok nii, saya join ni :
ehh tp jgn salah faham tau, saya bukan jadi one of the debaters pun, saya cuma jadi krew program ni dimana saya akan bertugas sebagai yang Dipertua Dewan dan juga penjaga masa utk beberapa slot saya (: program Debat 211 Jam Tanpa Henti adalah utk memecah rekod dahulu Debat 100 Jam Tanpa Henti. so bayangkan lah, dpd pagi, ptg, malam, pagi pagi buta tu non-stop debat. orang2 semua akan tuka gilir2 lah. mula2 debat A, bila debat A habis je, beza kurang dpd 1 minit, debat B akan mula. sampai laaahhhh 211 Jam. slot saya hari Rabu 8 malam - 12 tgh malam, hari Khamis 8 malam - 12 tgh malam, Jumaat 8 malam - 12 tgh malam dan Sabtu 4 pagi sampai 8 pagi. saya rasa waktu kritikal saya akn bertugas, pada hari Jumaat dan Sabtu. lepas je habis slot saya hari Jumaat, saya kena tunggu dkt Dewan tu, utk slot saya pukul 4 pagi hari Sabtu. mmg besar lah eyebag laaaagii :/
*nak tengok Debat 211 Jam Tanpa Henti LIVE, boleh tengok dkt Utusan Online.
hmm k lah, hindustan dkt TV3 dah start ni ! :D cerita I Hate Luv Story. Sonaam Kapoor berlakon, anak Anil Kapoor. hehe cepat cepat bukak TV3 !
P/S : saya agak terkilan bila ada org masuk campur hal peribadi saya. blog saya ni saya buat bertujuan utk berkongsi cerita yg saya ada, aktiviti harian, maklumat yg saya tahu, dan sebagainya. itu sahaja. bukan utk berkongsi atau berbincang hal hal peribadi saya. saya harap sgt sesiapa pun dpt hormat saya dgn tak mencampuri hal peribadi saya. saya haraaaapp sgt. semua org pun tak suka kan kalau ada org lain masuk campur hal peribadi sendiri. mcm tu lah jgak saya (: saya harap sgt org dpt faham perasaan saya. sbb yg lebih tau hal peribadi saya itu, adalah diri saya sendiri, bukan org lain. sbb itu, saya tak nak nanti boleh berlaku salah faham, atau maklumat2 salah dlm hal saya ni. saya bukan nk ungkit, tp selama ni, apa yg saya minta pada pembaca2 saya, saya minta dgn baik. dengan harapan, permintaan saya ini dpt diterima dgn baik. saya mohon, jgn salah faham. terima kasih (:






































