ada beberapa org tanya saya, sejak dulu lg. produk apa saya guna utk pencuci muka ? saya gunakan produk Clean&Clear sejak darjah 5 lagi (: saya tak pernah langsung tukar guna produk lain sbb Clean&Clear sgt sesuai utk kulit saya.
persoalannya skrg, bukan semua kulit sesuai dgn produk ni. sbb roomate saya, Afiqah, dia kata dia guna Clean&Clear yg saya guna tu, timbul jerawat2 kecil yg comel comel tu dkt dahi dia. hehe. bukan jerawat besar besar tau, kecik kecik je. yang tak ada isi pun jerawat tu.
sebenarnya, kalau saya bagi tahu produk apa yg saya guna pun tak semestinya produk tu sesuai dgn kulit awak kan ? semua org mempunyai jenis kulit yg berbeza. cadangan saya, guna produk yg sesuai dgn kulit awak semua, TETAPI, bukan guna pencuci muka shj. TONER dan MOISTURISER (krim muka) wajib digunakan sekali utk mendapat kulit yg cantik.
masalah skrg, terutamanya student yg duduk dkt hostel, mst kdg2 rasa malaaaass sgt nk guna toner dgn moisturiser sbb mcm leceh. tp bg saya, sebenarnya, dua dua ni lah yg menjadikan kulit kita cantik. bukan pencuci muka, pencuci muka hanya berperanan utk menanggalkan minyak dan kotoran pada kulit.
toner digunakn utk menanggalkan sisa-sisa kekotoran yang tak dapat ditanggalkan oleh pembersih muka. lepas membersihkan muka dgn pembersih muka, mungkin ada terasa melekit pada kulit muka. Ini kerana masih terdapat kekotoran pada kulit yang tidak dapat ditanggalkn oleh pembersih muka. Di sinilah toner berperanan utk menyempurnakan pembersihan kulit muka, dan memberi kesegaran pada kulit muka.
**PUNCA jerawat : kotoran pada kulit muka.
rasa tak sejuuuukk je kulit lepas pakai toner ? saya rasa :D dan saya sukaaaaaaxxx sangat. hehe.
moisturiser
krim muka
penggunaan moisturiser ni boleh digantikan dgn pengguna krim lain seperti krim Fair& Lovely, krim Safi dan lain lain. asalkan, selepas menggunakan toner, mesti (satu kemestian) utk menggunakan krim/moisturiser utk melembapkan kulit.
**APABILA sapu krim atau moisturiser, sapu menghala ke atas utk tujuan meng"urut" kulit muka dan menegangkan.
lepas pakai toner dan krim muka. (jgn tgok eyebag)
P/S : apabila saya menggunakan makeup, saya langsung tidak menggunakan foundation sebagai asas makeup. saya sebernarnya mmg tak suka pakai foundation sbb bila panas dan berpeluh, foundation akan cair. bila saya lap sikit je peluh tu, foundation terus melekat dkt tisu. langsung, makeup jadi tak rataaaa. susaaaaahhh :/
saya hanya gunakan krim muka ni sebagai asas makeup, sbb krim muka menampakkan kulit kita bersih dan putih. selepas menggunakan krim muka sebagai asas, sapu bedak (compact powder) sikit je. sbb krim muka dah menampakkan kulit kita putih, tak perlu bedak2 banyak sangaaat.
RAJIN RAJIN guna toner dan krim muka ye [:













































