Thursday, August 25, 2011

Sesi Temuramah Bersama Encik Tikus (2)

hello dan assalamualaikum (:

ingat lagi tak sesi temuramah yg pertama oleh Encik Tikus atau lebih dikenali sebagai ET ? ini link dia

haa hari ni, sy nak sambung balik temuramah tu (: sy akan tunjukkan perbezaan antara temuramah sebenar dan temuramah yg telah diubah oleh ET. temuramah kali ni mungkin "lebih sopan" sikit berbanding temuramah yg lepas, ahaa sbb ET tak nak nampak mcm over sgt :p

 bawah ni adalah dialog perbualan antara sy dgn ET yg ET tulis dkt blog dia :
muhdfarith.blogspot.com 


ET : Saya dikhabarkan yang awak juga mempunyai blog ? kemain tamak awak ya.

Amira : Ya, memang saya ada blog. Di situ saya coretkan segala perkara yang terjadi dalam hidup saya tapi takdelah sampai nak pilih baju sebelum tidur pun saya cerita. Hehe

ET : Sebagai blogger saya rasa awak juga mesti ada blog kegemaran awak right ? Boleh beritahu saya blog siapa dan kenapa awak suka baca blog tersebut.

Amira : Hurm.. sebagai seorang perempuan dan juga seorang yang gemarkan fesyen tipulah kalau saya cakap saya tak suka kepada blog-blog gugirl. Blog yang saya suka antaranya blog Hanis Zalikha dan blog Fatin Liyana.

ET : blog saya awak baca ? alaaaa yang Life Is Simple tuuuuueee...

Amira : blog awak ? saya pernah baca blog awk, blog awak menarik (: especially dari segi gaya penulisan dan bahasa awak tu. haha

ET : hehehe malu pula saya dibuatnya... hihihi... ;B

Amira : nak malu buat apa... hihihi... ;B

ET : berbalik pada soalan, awak boleh ceritakan serba sedikit tentang latar belakang akademik awak ?

Amira : akademik ? saya kini menuntut di UiTM Shah Alam dalam foundation in Law. Dan keputusan SPM 2010 saya mendapat 8A.

ET : amboi, saya tak tanya pun keputusan SPM awak. kemain taw. hehehe.

Amira : eh awak tak tanya kea tadi ? sorry sorry.. selalunya saya akan terautomatik cenggini sebab saya taknaklah susahkan awak tanya soalan dua kali kan ? hehehe

ET : hehe.. betul-betul.. pandai jugak awak nie yea. Dahlah cantik pandai pulak tue. Untunglah sape dapat awak. Untunglah...

*penulis dan juga mangsa temu-ramah menangguhkan majlis seketika untuk memberi laluan kepada azan asar*

ET : selain into dalam scene modelling, awak ada buat business secara alam maya ?

Amira : saya tak buat bisnes online tapi niat tue memang ada. Cuma buat masa sekarang saya terpaksa simpan dahulu sebab begitu sibuk dengan kelas. Mungkin lepas habis foundation saya akan mulakan business online saya.

ET : awak pernah jatuh beskal ?

Amira : sebenarnya saya rindu nak jatuh beskal macam masa kecik-kecik dulu. Tapi saya agak jarang juga terjatuh beskal sebab family saya belikan saya beskal roda 4. Sayang anak katanya. Tambah saya ini pun anak orang kaya... Hahaha...

ET : jadi boleh dikatakan awak nie anak manja lah ?

Amira : takdelah manja mane. Atleast masa saya umur 5 tahun saya pernah masak nasi sendiri taw ! hihihi *gelak sambil tutup mulut*

ET : agak-agak bila cik amira akan berkahwin ? target umur berapa tahun ?

Amira : insyaAllah kalau takde halangan.. saya target dalam umur 26. Saya pun tak suka kahwin lambat sebenarnya. Saya suka kahwin awal macam dalam cerita ‘I’m not single’. Hihihi.

ET : maknanya awak nie senang terpengaruh dengan cerita filem lah ? cenggitu ?

Amira : takdelah kuat terpengaruh sangat. Lagi pun saya muda lagi. Jadi faktor untuk senang dipengaruhi tue boleh jugaklah terjadi kan.

ET : mula-mula kata takde sangat lepas tue kata senang pulak. Eh kelingnya ayat awak.

Amira : amboi-amboi senang hati jea cakap kita macam keling. Pernah kena luku ?

ET : hehe janganlah luku saya. Kepala saya nie dah lah ada satu pusar. Kalau awak luku nanti terus tembus kena otak saya. Hehe

Amira : hahahaha. Awak nie kelakar lewwww!!

ET : pujian nie macam sarkastik sajeww. takpelah. Soalan terakhir.. Apa pendapat awak mengenai blogger kini yang dikatakan memiliki populariti yang setaraf dengan selebriti di Malaysia. Boleh bagi komen sikit..

Amira : artis lebih mudah dikenali dan lebih popular. Apa-apa pun saya kagum dengan Hanis Zalikha sebab dia memang dikenali ramai dan tahap populariti dia setaraf dengan selebriti di Malaysia. Dan untuk jadi popular sepertinya bukan mudah sebenarnya. Harus ada bakat yang semulajadi.

ET : yaa selain bakat dia juga mempunyai kecantikan semulajadi. Jadi bagi saya itu satu pakej baginya. Same goes to fatin liyana, maria elena dan lain-lain. Kemain saya taw cakap omputih. Hehe.

Amira : errrrrrrr

ET : terima kasih kepada cik amira sebab sudi menjawab soalan bodoh bangang dari saya... saya harap cik amira akan terus maju dalam bidang yang diceburi.. hehe

Amira : terima kasih juga kepada encik tikus sebab sudi menjemput saya ke sini... cantik juga ya taman nie.. hihihi..

ET : ehh awak lapar tak ? saya ada duit lebih nie.. mari saya belanja awak tutti fruitti dengan sirap bandung ais...

Amira : oh saya baru ingat nak belanja awak.. takpelah.. jom-jom.. hihihi..

ET : one more thing awak nampak cantiklah pakai baju nie... bunga-bunga gittew.. hehehe..

Amira : eeeeeeiii.. awak nie.. ngadeeeeee... wek :P
*pandai betul ET ni reka2 perbualan ni. haha. dkt bwh ni adalah perbualan sebenar (: 

ET :

secara peribadinya saya pernah baca blog awak. boleh saya tahu blog siapa yang awak suka baca ?

dan awak suka tak baca blog saya ? atau tak pernah baca langsung ?
 AF :
saya pernah bc blog awk, blog awk menarik (: esp dr segi gaya penulisan dan bahasa awk tu. haha.
tp sy perempuan, x peliklah kan kalau sy suka baca blog perempuan, sbb ada psl baju, makeup etc. (: blog sy suka baca fatin liyana, dgn hanis zalikha.

ET :
okey tiba tiba saya rasa nak nanges pulak bila model terkenal puji blog saya. soalan seterusnya, umur awak 18 jadi awak belajar di universiti mane ? dan boleh ceritakan sedikit latar belakang akademik awak ?

AF :
sy belajar dkt UiTM Shah Alam, skrg tgh buat foundation in Law (: latar belakang akademik ? so far alhamdulillah akademik sy x teruk sgt lah. tp sy harus mengaku sy yg paling kurang pandai dlm adik beradik sy. kalau spm, kakak sy dpt 11A1, tp sy dpt 8A je :( apa2 pun sy bersyukur. ada lah tu kekurangan dkt mana2 (:  

ET :
spm 8A saya rasa dah boleh kategorikan awak sebgai pandai taw. bukan senang nak dapat 8A. selain dari menari atau menjadi model, awak ada buat jualan online, jualan shawl or another else yang awak buat untuk bisnes x ?

AF :
ye alhamdulillah, 2 subjk yg sy dpt B tu pun antara subjek yg sy kurang suka. hehe (: tak, sy x buat online business. mmg ada niat sbnrnya nk buat online business, mak pun setuju cuma x ada masa je skrg. mungkin dah hbs foundation ni, boleh lah kot (: 

ET :
info yang awak bagi untuk bagi pembaca blog saya baca dan kemungkinan peminat awak ? yea lah awak kan model. mungkin entri nie. berguna untuk direfer sekelompok diluar nanti ? =) pernah jatuh basikal ? masa umur berapa ? bila rasanya cik amira ingin mencapai target ke alam perkahwinan ? blogger kini dikatakan boleh memiliki populariti sama aras dengan artis di malaysia, boleh cik amira bagi komen ? dan soalan last.. pernah tak hilangkan barang kepunyaan diri sendiri ? bila waktunya dan barang apa yang hilang ?

AF :
jatuh basikal ? ahaa mestilah pernah (: tp x ingat masa umur berapa.  target saya, insyaAllah kalau dh sampai jodoh tu, umur 26 sy nak kahwin dah. kalau boleh sy x nk kahwin lambat sgt. sbnrnya sy suka tgok org yg kahwin muda mcm dlm filem i'm not single. comel je (: brg kepunyaan sendiri ye ? emm brg2 berharga mcm phone, camera. purse semua sy x pernah hilangkan. tp kalau brg2 kecik2 tu, emm pun jarang.jarang lah hilang. kdg2 sepit rambut dan benda2 mcm tu je yg hilang :/ sy mengaku blogger skrg semakin ramai. tetapi utk jd popular dan dikenali ramai tu mungkin mengambil masa sedikit lah berbanding artis. artis lebih mudah dikenali dan popular. apa2 pun, sy kagum dgn hanis zalikha sbb dia mmg dikenal ramai dan tahap populariti dia setaraf dgn tahap populariti artis malaysia. dan utk jd popular mcm tu, bukan mudah sebenarnya.
 

P/S : thanks Encik Tikus (:





Berita Harian semalam, err ramai yg kata nmpk tua :/ tak mcm 18 ! maybe because of the makeup, bila makeup nmpk lah matang sikit.




DEKAT SINI juga, sy nk wish Happy Birthday dkt adik sy Aina (:

"Ainaaa, happy 16th birthday. wish you all the best in life. angah tau aina pandai mcm along, mana tau nnt aina pun dpt fly. nk jd doktor kaaaaaaannnnn (: belajar elok2, control makan, stay cute and most important is i loveee you babyyyy. xoxo"
 


 

Monday, August 22, 2011

Tutorial : Shawl Satin

hello dan assalamualaikum (:

hari ni sy akan tunjukkan tutorial shawl satin (asas) sambungan dpd blog sy yg lepas (: Pelbagaikan Gaya




tutorial ni dibuat atas permintaan. sy minta maaf sgt kalau ada serba kekurangan dlm video ni. selamat mencuba (:


ouhh ye, ramai juga yg tanya dkt sy, tak rimas ke pakai mcm ni, tak panas ke, bla bla. jawapan sy satu je (: pakai mengikut keselesaan diri dan tempat.

ini hasil tutorial video td :

 sorry sebab muka nampak x bermaya :/



P/S : selepas ni, dlm beberapa minggu selepas raya sy akan sibuk sedikit dgn final exam. mungkin sy akan "kurang" online lepas ni. doakan utk final exam sy ye (: thanks readers <3

Thursday, August 18, 2011

Pelbagaikan Gaya


hello dan assalamualaikum (:

hari ni sy nk tunjuk beberapa gambar gaya tudung yg sgt simple sebenarnya. dlm satu gaya tudung asas, boleh jd beberapa gaya tudung yg lain. anda hanya perlu menghabiskan masa 15 minit je dpn cermin utk cuba2 sendiri gaya yg terlintas dlm fikiran :D hehe. 


asas/basic

senang cerita td sy cuba satu cara dan baru tudungsatin. lps tu, mlm td lepas sampai bilik, sy duduk dpn cermin dan cuba gaya2 yg simple dan biasa. hanya dgn satu gaya, mcm2 cara boleh buat (: *okay "mcm2" tu mcm banyak sgt plak kan ? k, "beberapa" je lah. sbb sy pun cuba sikit, skjp2 je.

okay utk gaya asas td nk jadikan tudung satin mcm tu senang je, hanya menggunakan satu safety pin. tp utk pelbagaikan gaya, kena lah guna beberapa pin mengikut keselesaan pemakai tudung.




ni rupa bila tudung satin dikembangkan, nampak mcm hoody





 Gaya 1 : tudung depan dilipat supaya nampak tebal




Gaya 2 : sama je mcm gaya 1, cuma bezaa tudung depan tak lipat dan nampak nipis.




Gaya 3 : tak banyak bezakan dpd gaya 1 dan 2 ? taahuu (:



Gaya 4 : sebelah shj dipinkan. *sorry tak kemas sgt :/


 Gaya 5 : tudung depan dilipat juga supaya nmpk tebal.

  
Gaya 6 : gaya ni sebenarnya gaya asas. tp sy tambah dgn pakai headband (:


tadaaaa ! ni dia, pakai lah ikut kesesuaian (: kt mana2 pun ada jual, mcm2 warna, ada yg mcm ni, ada yg lace. 

P/S : yg lapisan bawah tu kan, susun lah elok2 supaya jd mcm gambar bwh ni. gambar atas ni sy x kemas2 kan pun. sbb buat cepat2, sje je nk try2 (:

 
sy sudahi entry sy kali ini dgn sekian terima kasih (: thanks for reading <3



Tuesday, August 16, 2011

Cantiknya HHH

hello dan assalamualaikum (:

hari ni saya nk promote Heliza Helmi Hijab. tengok ni :D (bg yg belum tengok)






 

order code : HHH (Heliza Helmi Hijab)
any enquiry & pre-order please send email to : helizahelmihijab@gmail.com
length : 60", material : chiffon silk

Price: RM 150.00 FREE POSTAGE (Within Malaysia)


order code : HIT (Heliza Instant Telekung)
any enquiry & pre-order please send email to : helizahelmihijab@gmail.com
length : 72", material : Cotton Wool

Price:
RM 280.00 FREE POSTAGE (Within Malaysia) (HIT)- (Hijab + Long Skirt)

RM 110.00 FREE POSTAGE (Within Malaysia) (Blouse)


*click gambar utk image yg lebih jelas (:

saya rasa nk beli (: cantikkan ? tp memandangkan harga agak mahal, so sy beli lambat sikit. nak tunggu duit raya dulu. hehe


P/S : indahnya ciptaan Allah <3

 

 



Saturday, August 13, 2011

Sesi Temuramah Bersama Encik Tikus

hello dan assalamualaikum (:


saya baru je lepas baca entri baru Encik Tikus yg bertajuk "SESI TEMURAMAH BERSAMA AMIRAH FILZAH (PART 1)". sepanjang sy baca post ET (Encik Tikus) ni sy asyik gelaaaakk je. haha. nak tau taaakkk, hampir 99% ayat sy yg mungkin sgt formal tu telah diubah oleh ET supaya lebih menarik utk dibaca. meh sini tgok sy compare (:


bawah ni adalah dialog perbualan antara sy dgn ET yg ET tulis dkt blog dia :
muhdfarith.blogspot.com



ET : Assalamualaikum, terima kasih kepada cik amira sebab sudi untuk ditemu-ramah oleh gua atau nama glemernya encik tikus.

Amira : Eh janganlah ber ‘gua-lu’ . saya ini anak gadis yang sopan dan bertata gittew. ‘Saya-awak’ sudah memadai =)

ET : Errr okey gua ikut lu jea lah. Eh silap. Saya ikut awak jea lah. Hehe.

Amira : Haaa kan sopan sikit tue. Hehe.

ET : Jadi sebagai pengenalan boleh tak cik amira menceritakan secara ringkas serba-serbi mengenai latar belakang cik amira ?

Amira : ahaa, okay. Nama penuh nur amirah filzah, 18 tahun. lahir dkt perak, tp tinggal dkt ampang. seorg yg sabar, pandai berdikari. sukaa sgt menari, menari tu satu minat, hobi dan bakat .

ET : Ohhh awak baru 18 tahun. Muda lagi. Hurm tinggal dekat ampang area mana ? boleh tak bagi alamat rumah ?

Amira : Eh nak buat apa ? Kalau saya bagi nanti habislah semua peminat-peminat saya serbu rumah saya. Entah-entah awak pun serbu rumah saya jugak. Hehehe.

ET : Eh eh ? sampai ke situ pulak dia. Takpelah kalau taknak bagi. Tak kisah pon. Berbalik pada soalan, saya dapat tahu awak nie seorang model ? Jadi boleh terangkan cemane awak boleh terjerumus dalam bidang kejadah modelling nie.

Amira : Actually kakak saya juga seorang model, lagipun dah lama saya simpan untuk menjadi model. So lepas spm perlahan-lahan saya involve dalam bidang modelling. Tambah lagi semenjak bertudung semakin banyak tawaran yang mendatang. Hiks.

ET : Jadi sebelum nie awak free hair lah yea ? Agak-agak masa muka awak free hair dulu-dulu ada iras-iras Yoona SNSD tak ?

Amira : Huh ? Yoona ? SNSD ? Amende tue ?

ET : Errr.. tak kenal yoona ? tak layan korea lettew ! Hurmm takpelah.. so boleh tak awak ceritakan pulak pengalaman selama awak menjadi model ? Untuk majalah apa awak pernah market muka.. dan ada tak awak sertai catwalk untuk fashion muslimah ? Amboi kemain banyak soalan saya kan. Harap awak tak pening nak jawab.

Amira : Tadehal lah, saya dah biasa ditujah dengan soalan-soalan begini. Pengalaman ? Hurm saya pernah jadi model untuk majalah Rapi, Media Hiburan, Remaja, Yezz, Mingguan Wanita, Keluarga, Eh, dan Dara.com. Saya juga pernah jadi model berita harian. Selain tue saya juga pernah mendapat tawaran daripada Nona tapi terpaksa saya tolak atas sebab jadual pengajian yang begitu padat.

ET : Sekejap. Nah. Minum air dulu. Kemain semput saya tengok awak bercakap dari tadi.

Amira : Oho. Terima kasih. Sedap air cincau nie. Awak buat kea ?

ET : Ahaaa. Siapa lagi awak... Saya kan encik tikus. Ekekekeke *gelak sambil tutup mulut*

Amira : ehh kemain bangga pulak muka dia.. pang nak ?

ET : eleehhhhh... Gurau sikit pun nak pang.

Amira : ngadeeeee… wekk!!

ET : Berbalik pada soalan, ada lagi satu soalan yang awak tak jawab.. mengenai penyertaan awak dalam catwalk untuk fashion muslimah..

Amira : Ohh.. Saya pernah sertai catwalk fesyen muslimah. Banyak. Dan yang terbesar pernah saya buat di PWTC. Amacam ? besar tak besarlah kan. Ahahaha.

ET : huyooo. Beruntung jadi orang cantik kan. Awak dah berpunya ?

Amira : saya masih single. Saya sudah lama single sebenarnya. Kenapa ?

ET : single ? boleh saya mengorat awak tak ? orang kata saya hensem macamnickhun.

Amira : err sebenarnya sejak hubungan yang lalu. Saya tak teringin untuk ada komitmen pada mana-mana lelaki lagi. Senang cerita saya tak bersedia lagi. Sorry.

ET : ehh saya tersilap tanya soalan. Sebenarnya saya nak tanya kenapa masih single ? tak teringin untuk ada hubungan perasaan dalam hidup awak lagi kea ? Atau awak dah serik ?

Amira : Errrr. saya rasa saya dah jawab tadi. Cuba check balik.

*bunyi cengkerik*

ET : awak tengah buat apa nie ?

Amira : HAHAHAHA. selain kelakar awak nie bangang juga ya orangnya, saya tengah jawab soalan awaklah. Apa lagi. hehehe.

*bunyi cengkerik*

Bersambung...

*taaaapii, ini jawapan sebenar sy sepanjang sesi temuramah ni.


salam mira =) kenal saya kan ? act saya ada satu hajat. boleh tak saya nak menemu-ramah cik mira ? soalannya cuma melalui penulisan =)

waalaikumusalam. menemu ramah ? ahaa, utk apa encik tikus ? boleh je (:

ini lebih kepada santai-santai sebab saya nak masukkan dalam ruangan blog saya. kalau mira pernah baca blog saya mungkin tahu (cont..)
(cont..) macam mane style saya menulis. mira jenis yang sporting kan ? =)

sporting as in open minded ? yes (:

okey, hurm soalan saya tengah buat. nanti bila dah siap saya akan hantarlah dekat dm. okey ?
soalan pertama - boleh cik amar cerita serba-serbi tentang diri cik amar sendiri ?

cik amirah ye (: ahaa, okay. nama, nur amirah filzah, 18 tahun. lahir dkt perak, tp tinggal dkt ampang. seorg yg sabar, pandai berdikari.
sukaa sgt menari, menari tu satu minat, hobi dan bakat (: emm lagi ? anything ? (:

oh baru 18 tahun ? mudanya. selain menari saya juga dapat tahu yang cik amirah seorang model ? jadi boleh ceritakan bagaimana (conti..)
(conti..) cik amirah boleh terjebak dengan dunia modelling nie ? atas dorongan siapa ?

kakak sedara sy sbnrnya juga seorg model. mmg dah lama sy simpan keinginan ni, tp sy tunggu lepas spm.
alhamdulillah lepas spm, slowly, lama2 banyak jgak lah tawaran.
tambah lg, sejak bertudung, sy mengaku lebih banyak tawaran sy terima berbanding dulu (:

pengalaman awak menjadi model ? untuk majalah apa dan pernah masuk sertai catwalk fesyen hijab tak 
cik amar sudah berpunya atau masih single ?

pengalaman ? sy pernah jd model utk majalah Rapi, Media Hiburan, Remaja, Yezz, Mingguan Wanita, Keluarga, Eh, dan Dara.com.
sy juga pernah jd model utk Berita Harian. selain ni semua, sy juga banyak dpd tawaran iklan dan majalah lain seperti Nona,
tapi semua tu terpaksa sy tolak sbb jadual class yg sgt pack. sy pernah catwalk fesyen muslimah. bagi sy ini yg terbesar sy pernah buat di PWTC.

              
sy masih single. sy sudah lamaa sgt single sbnrnya, sy rasa lebih selesa mcm ni dan x teringin pun utk ada bf pd masa skrg ni

okey, banyak betul pengalaman amira. hurm so waktu menjawab soalan saya sekarang nie amirah tengah buat apa ? makan ais kacang ?

ahaa tak lah, x mkn apa2 pun. mmg tgh online je masa jawab soalan ni (:

*bersambung.. 

temuramah selanjutnya sy akan tunggu ET post dulu (: tengok lah perbezaan temuramah sebenar dgn temuramah yg ET post. haha, kelakar sgt ET ni :D


"Encik Tikus, yeeeeee, sy tau ayat sy ni skema sgt. mcm temuramah kerja plak. haha, kalau awk x ubah mmg x baca lah org entri nii. nasib baik Encik Tikus ubah :p"

KEBENARAN selepas m'baca entri ET :

1. ET kata lepas dia baca entri dia tu dia rasa sy mcm gedik. haha mmg pun, kalau lah sy x kenal "Amirah Filzah", mungkin sy akn anggap dia gedik lepas bc entri ET. 

2. ET kata dia ubah sikit jawapan2 sy supaya nmpk lebih menarik, tp sy rasa hampir semua dia ubah. haha


3. ET suka panggil sy CIK AMAR masa dia temubual sy ni. sy pun x tau mcm mana nama AMIRAH jd AMAR.

4. temuramah ni sbnrnya dlm Twitter dan ET tak buatkan sy pun air cincau :/ hahaha. 


P/S : thanks Encik Tikus (: ayat ayat awk mmg sgt comel.

Tuesday, August 9, 2011

Random Short Stories

hello dan assalamualaikum (:

last update 30hb Julai. err, lamaaaaanya :/ hmm k. assignment saya banyaaaaakkk sgt. mmg dah tahap stress dan tension sampai 78.9%. fuhh. k k, skrg kita ada few random stories (:

Random Story no. 1 : 

kelmarin, bersamaan hr ahad, utk pertama kalinya saya naik scooter ! :D hehe. emm taaauu mcm jakun je bunyi, tp sy happy sgt sebab ini pertama kali sy naik scooter. first time :D sy sebenarnya takut nak naik motor/scooter/yg sewaktu dgnnya tp semalam sy naik jgak sbb nk cepat pg print point2 utk Forum.




err terlalu bahagianya muka :/ emm biasalah tu, first time. happy lah kan. pengalaman pertama yg best. suka angin kuat terbang2. hehe. thanks to Shasha <3



Random Story no. 2 :

ouhh, kwn saya, Dani lukis gambar sy (: emmm sy x tau dia pandai lukis. dia pun x pernah bgtau. taapii, betul ke dia lukis tah laahh. tp sy percaya je, sbb tiba2 je sy dpt MMS gambar ni ;



okay bila sy tengok gambar ni sy rasa mcm x ada muka sy langsung. tp bila tengok lama2, emmm ada lah sama sikit (: Dani kata muka dlm lukisan ni adalah gabungan dpd beberapa gambar. sy rasa mst gabungan dpd 2 gambar ni : 



apa apa pun, thanks Dani (: reaally appriciate it. bukan semua org boleh melukis atau ada bakat melukis. sy pun tau lukis org lidi je :/ hmm.


Random Story no. 3 :

emm utk pengetahuan semua, sy ni x suka sgt tgok YouTube. sy jarang lah nk YouTube2 ni tgok video clip lagu ke, dgr lagu2 baru ke. jarang. mostly through radio or tv je. tp bila sy duduk dkt hostel ni, sy jadi rajin plak tgok YouTube dgr cover lagu siapa nyanyi sedap semuaaa. ANDDD, sy tertarik dgn seorg perempuan ni. sy rasa suara dia comel sgt mcm tuan punya badan (: nama dia Ainan Tasneem. sy rasa mesti antara korang semua pernah dgr dia nyanyi. cuba dgr ni, ni lagu dia buat sendiri (:

 
 
comel dan berbakat (: yg pastinyaaa, sy sukaaaa sgt suara dia <3


Random Story no. 4 :

saya kaannn, dpd masa tu lagi nk mkn cupcake. setiap kali sebelum buka mst dah simpan hajat mlm nnt nak beli cupcakes. TAAAPII, setiap kali lepas buka je mst dah x larat nk mkn, so hajat nk makan cupcake mesti cancel :/ 

 

hmm sedapnyaa :(

Random Story no. 5 :
 
skrg ni jarang dah sy pakai tudung bawal. selalu pakai tudung kena lilit2 je. tp bila pakai, rasa mcm selesa je. dan mudah (: tadi sy pg class pakai tudung bawal. ouhh sy perasankan bila sy pakai tudung bawal, sy kurang tengok cermin dan kurang betulkan tudung :D



kenalkan, ini Yaya (:



 P/S : Cik Epal tegur sy dkt fb, sukaaaanyaaa :') teringin nk "menternak lemak" dgn Cik Epal :p