Saturday, July 30, 2011

Video Perkahwinan : Favourite Baru (:

hello dan assalamualaikum (:


melalui tajuk entri ni pun semua dah boleh tau sy nk tunjuk apa (: baru2 ni saya ada satu favourite baru. iaituuu, tengok video kahwin ! :D yaAllaaaahhh, sukanyaaaaa (': suka sgt tengok video perkahwinan. video2 perkahwinan ni lagi best tengok dpd tengok video2 Lady Gaga taauu. haa bg saya lah. setiap org berbeza kan. tp saya rasa, mungkin, ramai jgak perempuan yg akn suka tengok video perkahwinan ni (:


saat paling saya suka, masa akad nikah (: dalam setiap video, itu saat paling saya nk tengok. saya x tau kenapaaa, tp saya dpt rasakan sesuatu saat semuanya dah jd "sah ? sah saaaahhh". rasa mcm seolah2, hmm mcm mana ye. sebagai seorg anak perempuan, yg selama ni dibawah tanggungjawab ayahnya, kini ayahnya melepaskan tanggungjawab itu kpd seorg lelaki yg bakal dia hidup bersama. perasaan sedih tu pasti ada ? terutama perasaan sedih seorg ayah. kdg2 ayah ni nampak je control, tp dlm hati perasaan sedih tu mungkin mendalam sgt. cuba tengok dua video ni. tunggu saat akad nikah, mst dpt rasa perasaan yg sama mcm saya rasakn (:









*ouhh first, saya nk ckp, lawakan kalau artis kita bertudung ? (:

*second, disebalik setiap senyuman kebahagiaan dalam gambar2 perkahwinan, pasti ada terselit kesedihan. 

*video perkahwinan ni dh jd mcm trend skrg. sesiapa yg kahwin pun mst nak buat video perkahwinan dorg dgn hard cover album yg bernilai ribuan ringgit tu (:


P/S : okay, sebelum saya 'bye' dkt entri ni. saya nk korg tengok dan dgr dgn apa yg Fatin Suhana ckp dlm vlog terbaru dia "Who Hates Me So Much" (click sini). apa yg FS ni ckp, sama mcm apa yg saya rasa skrg ni. harap semua faham. saya belum buat 'apa apa' sgt pun lagi dah ada org ckp buruk psl saya dkt comment video pertama saya tu yg saya sendiri sudah mengaku awal2 yg video tu mcm tah pape sbb video tu dibuat sje2 je, nak cuba.

Dalam dunia ni, mana ada org yg semua org suka dia. pasti setiap org ada org yg suka dia dan ada org yg x suka dia. even Siti Nurhaliza pun ada org2 x suka dia, sedangkan org2 yg x suka dia tu x pernah jumpa pun dgn Siti Nurhaliza dan Siti pun x buat salah pun dkt dorg -.- pelikkan ? ini contoh sahaja. saya ambil contoh Siti Nurhaliza sbb senang. Siti dikenali oleh semua org. hmm so i think, better to just ignore the haters. lumrah dunia, lumrah manusia mmg mcm ni, "pandai berkata kata" (:

Saturday, July 23, 2011

FAIL !

hello dan assalamualaikum (:


tadi sy ada dinner dkt Hotel De Palma dgn mak dan along, kakak sy. tp sy terpaksa balik awal, pukul 11 sbb ada hal sikit dkt rumah. pukul 12 dah kena pg hotel balik sbb nak ambil mak. so, video bawah ni ktorg buat sje2, sbb tgh booooosan sgt nk tunggu sampai pukul 12. video ni merapu sikit, sorryyyyy sgt. ktorg buat sekali je, x ulang banyak2 kali pun. haha malas :/ jgn comment apa2 taauu. video problem plak tu. haha suara ke mana, mulut ke mana. mcm miming plak :/ td dlm mac book along okay je, upload dkt youtube je tunggang langgang. sah lah lepas ni x boleh buat video dah :( 






jgn gelak lepas tengok video ni please ? :( boleh tau kan mana suara sy, mana suara kakak sy ? sbb ada part tu mcm bercampur plak. sy tgh bercakap, tp suara yg kelua suara kakak sy. sorryyyy (:


k dah, bwh ni gambar2 yg membosankan. lepas ni sy akan upload gambar2 masa dinner td dalam facebook acc dan page sy (:









THANKS FOR READING AND WATCHING :D





Monday, July 18, 2011

My first met with ...

hello dan assalamualaikum (:

hmm, selalunyaaa, bila org tanya "mcm mana boleh kenal?", "mcm mana boleh tau?", mesti kebanyakkannya bg jawapan yg sama. "kenal dkt fb je", "kenal melalui kwn", kenal ni kenal tuu. tp pernah ke korang kenal seseorg mcm dalam filem hindustan ? pernah berlaku pertemuan pertama yg lain dpd lain ? mungkin ada yg pernah, ada yg x pernah. tp sy pernah (: sy kenal seseorg semasa kereta api terbakar. tak percaya ? baca cerita dkt bwh (:

**

ceritanya bermula apabila sy dan makcik sedara sy dlm perjalanan ke Perak menaiki kereta api dpd KL Sentral. semasa sedang menunggu keputusan SPM keluar dulu, sy mmg selaluuu sgt balik ulang alik dpd KL ke Perak sbb nk jumpa opah atuk. selalunya sy pg sorg je, tp x tau plak, 24hb Januari ni tiba2 mak cik sedara sy nk ikut sekali.

 sy pun naik lah kereta api, selalunya sy dpt gerabak X1 atau X2. tp kali ni dpt gerabak last plak, X3. sy perasan, lepas sy duduk je, ada seorg lelaki memakai tshirt berwarna pink, dan hoody berwarna hitam masuk dan duduk belakang seat mak cik sedara sy. sepanjang perjalanan, semuanya berjalan dgn lancar, mcm biasa ! (: tapi, tiba2 je, kereta api tu berhenti. tah dkt mana, sy pun x tau. sekeliling semak samun. hari dah lah panas terik.

kemudian, sy perasan, penumpang2 semua dpd gerabak X1 dan X2 semuanyaaa turun. pegawai kereta api yg jaga kereta api tu pun turun, rupa2nyaaa, enjin kereta api dkt dgn gerabak X1 tu terbakar. mujurlah tak meletup ke apa ke, x de siapa pun yg cedera. so semua penumpang pun turun dan beg2 juga perlu dibawa sekali. haihhh, nk bwk beg sekali tu yg payah. dah lah berat, nk turun kereta api bukannya senang. tinggi sgt, penuh dgn batu2. so beberapa org lelaki, termasuklah lelaki td, DIA pun jd mcm volunteer kena tolong2 org turunkan beg dan tolong org2 tua turun kereta api. mak cik sedara sy termasuklah dlm golong org2 tua tu sbb mak cik sedara sy mmg dh tua, pangkat opah dah. hehe :p

okay, sy mengaku, nk turun kereta api tu mmg takut. bukan apa, takut terjatuh. kalau jaaaaatuhhh ! sakit taaauuu, batu batu, pernah x tengok batu2 dkt rel kereta api ? haa mcm tu lah, batu yg tajam2 tuuu. semasa mak cik sedara sy turun, ada beberapa org lelaki yg tlg pggkan dia. sy fkr, sy niii mudaaaa. tak kan dorg nk pgg kan ? sy mmg sebolehnya x nk sesiapa pun pgg, tp pada masa yg sama, sy pun takut jatuh dan sy mmg nk seorg tlg 'jaga-jaga' takut sy jatuh.

k, turun kereta api tu satu kejayaan bg sy bila sy berjaya turun tanpa bantuan sesiapa, tp haha ada lah jgak org tlg angkatkan beg :p kemudian, dpd rel kereta api tu, semua penumpang kena melintas utk ke rel sebelah kiri. haa ini lg satu cabaran, batu2 tu banyaaaakkk, kalau salah turun,  lepas tu ter'slip' (sorry sy x ingat slip dlm Bahasa Melayu apa -.-), lepas tu terjatuh, mau taknya kaki tu terkehel atau luka. kebetulan lelaki tu, DIA berdiri di tengah2 rel tlg pggkan org2 tua melintas dan juga tlg pas2kan beg. kiranya situation skrg mcm saling bekerjasam taauu. haha. bila turn sy, sy fkr 'k, bolehnya melintas, slowly lah', sy pun pas beg2 yg sy pgg tu dkt DIA, dan DIA paskan dkt org belakang dia. alangkan leganya bila beg tu sy x pgg dah. haha, sy pun cuba naik utk melintas ke rel sebelah. SUSAH sgt nak naik sbnrnya, dlm hati ni dh mcm2 ckp sorg2, dgn panasnyaa, tiba2 DIA tu sendiri hulurkan tangan. sy x tau, tangan sy automatik pun pgg tangan dia sbb dah darurat, susah tau x nak naik atas batu2 tu dan turun balik utk ke rel sebelah !

okay dah, bila sudah semua gerabak dikosongkan, dan semuaaaa penumpang pun sudah berpindah ke rel sebelah, so ktorg semua terpaksa tunggu hampir 2 jam tgh2 panas tu utk tunggu kereta api lain dtg ! disitu laahh, DIA mula tegur sy. benda pertama yg DIA tegur sy, sbb sy mengipas2kan diri sy dan dia ckp kalau sy kipas lg sy panas sbb bla bla bla (fakta sains, lg banyak kte bergerak/guna tenaga, lg panas. tah apa tah, lebih kurang lah. haha) dlm hati sy plak "haaaaaiii org tgh panas ni banyak ckp plak". tp sy x de lah ckp mcm tu dkt DIA, haha tatabicara tu tetap jaga. dpd situ lah sy dan DIA mula bersembang sembang sementara menunggu kereta api yg sgt LAMBAT ! dpd situ lah sy tau banyak psl diri dia, dia kerja mana, study dkt mana duluuu, psl family dia sikit.

2 jam sudah berlalu, kemudian kereta api pun sampaaaii. masing2 pun sibuk angkat beg dan naik kereta api. masa tu semua org berpecah ada yg naik dkt gerabak depan, ada yg naik dkt gerabak belakang. semua pun berebut2. yg semestinya semua perempuan pun diberi keutamaan utk naik dulu. sy LEGAAAAAAAAAA sgt lepas dpt tmpt duduk. panas2 semua pun dh hilang sbb dlm kereta api tu sejuk. kemudian, sy nampak DIA masuk gerabak sama dgn sy. tmpt duduk pun x tak jauh dpd tmpt duduk sy. kali ni dia plak yg duduk depan sy. haha. suasana senyap seperti biasa, sama mcm dlm kereta api td sebelum terbakar. tak bertegur lgsg. akhirnya, selepas seketika berada dlm kereta api, mungkin dlm 40 minit ke 1 jam mcm tu, kereta api pun tiba di Ipoh. alhamdulillah (:

semasa semua sibuk sedang menurunkan beg dan keluar dpd kereta api, dlm fkrn sy berfkr, "nak tanyaaaa ke x, nak tanya ke x, nak ke x ? ishh malu lah, x kan permpuan nk tanya duluuuuu -.-". haha tau x apa yg sy mksdkan ni ? sbrnnyaa sy nk tanya NAMA DIA. yaAllaahhh bayangkan, 2 jam bersembang, mcm2 dah tau, tp satuuu je x tau. NAMA ! sy tungguuuuu je DIA utk bersuara, berckp dan tegur sy. tp tak pun. sy tau, melalui pandangan sy pada masa tu, DIA ni bukan mcm jenis yg berckp sgt. *kot lah. sbb dia lgsg x ckp apa2 lepas naik kereta api tu ! sy nampak dia dh ready nk kelua, sy pun dh ready nk keluaaa nih ! tiba2, "ehhh nama siapa td", rupanyaaa MAK CIK SEDARA sy yg tanya. DIA pun toleh belakang, dan ckp "IZZUDIN". dlm hati sy, "haaaaaa boleh pun berckp". kemudian semua pun seperti biasa. DIA balik, sy balik, semua penumpang pun happy dah sampai ! :D

mlm tu, sy pun online. bukak fb. tiba2 hati tergerak, nak cari budak kereta api terbakar (itu gelaran sy pada dia). sy pun taip lah nama dia. dia sebut "izzudin". err, tapii :/ dia hanya sebut dan bgtau, dia x bgtau pun ejaan nama dia :/ ada double D ke, double Z ke, single D ke, single Z ke. haihh sy cubaa smua, tekan sana sini, tp x de. dlm dunia ni bukannya sikit org nama Izzudin. Izzudin apa ? Izzudin Ahmad ke, Izzudin Johar ke, Amir Izzudin ke, kan ? KAN ? KAAAAANNN ? haa so, sy dah putus asa, sy pun berhenti mencari. bg sy, mungkin dia hanya seorg yg ditakdirkan utk bertemu dlm masa yg singkat (:


*SABAR ADA LG CERITA !! baca please sampai haaabiss (:

hampir sebulan lebih berlalu, pada hari tu sy rasa mcm exciteeeddd sgt nk online. tak tau knp. mcm biasa, chech notifications, msges dan friend requests. tiba sy ternampak satu friend request ni IZZUDIN &*%^$* (harap maaf, nama tidak boleh ditayangkan). ehh mcm kenaaal je, tp x de mutual friend lgsg. selalunyaaaa sy x akan approve org yg x de mutual friend lgsg dgn sy, sbb sy anggap org tu mcm stranger. tp melalui default picture fb tu, mcm sy kenal. rupa2nyaa, DIA lelaki yg sy jumpa masa kereta api terbakar tu. haha. sy sangat lah x sangka, sbb dah sebulan benda tu berlalu. dan setahu sy, DIA lgsg x tau nama sy. LANGSUNG. sy je tau nama dia, tu pun bukan nama penuh. haha.

kemudian, sy msg dkt fb DIA, tanya mcm mana DIA dpt cari dan jumpa sy dkt fb sedangkan DIA lgsg x tau nama sy. jawapan dia simple je, DIA nampak gambar dan nama sy dkt majalah terus dia cari dkt facebook (:

THE ENDDDD. 

ni lah satu2nyaaa pertemuan yg sgt unik bg sy (: ala2 hindustan gitu. :p lelaki lain semua jumpa dkt fb lah, melalui kwn lah, dkt sekolah lah hapa lah, sgt biasa. SO, skrg dia jd kwn sy, sy jd kwn dia. haaaabis cerita.

korang pernah berlaku pertemuan pertama yg lain dpd yg lain ? kalau pernah, cerita je lah (: sy sukaaaa sgt nak baca (:


gambar ni ditangkap selepas shoot 20 pasang baju dgn OHB ! :O first time sekali shoot terus 20 baju. selalunya 4 hingga 8 pasang je. 



 

Thursday, July 14, 2011

Birthday Zara (:

hello dan assalamualaikum (:

okaayyy, hr ni kurangkan menaip dan banyakkan upload gambar ! :D hehe. so meh dgr sini sy bercerita melalui gambar2. sabtu yg lepas merupakan hari lahir anak sedara saya. dia baaaaaruu je 1 tahun. ni gambar2 birthday party Zara (:
*sorry taauu, gambar Zara x banyak, gambar saya yg banyak. hehe :p
 

GAMBAR 1 : gambar ni dlm kereta otw ke Bangi, rumah baru Zara. lighting dlm kereta mmg sgt lawa dpd dlm rumah, sbb tu gambar ni ceraaahh (:

GAMBAR 2 : ni dia Zaraaaaaa (: <3 


GAMBAR 3 : tak faham knp baby/budak perempuan mesti x nk dkt sy. tgok tuuu, Zara dipaksa peluk k. muka pun nk dkt menangis daahh :/


  GAMBAR 4 : tengok nii, kalau baby/budak lelaki, mesti x menangis kalau pegang. hulur je tangan, datang lah. kaaann senang tuuuu (: *ini Muaz (:


GAMBAR 5 : ini adik sy, Nuraina Fadhilah (:


 GAMBAR 6 : Zara potong kek (:




GAMBAR 7 : Zara makan kek :D alololooo, comelnya (':

GAMBAR 8 : mak dan abah <3 *abah mmg mcm ni kalau tgkp gambar, tah camera mana lah dia pandang.


  GAMBAR 9 : this is myyyyy FAMILY. muah muahh :*


 GAMBAR 10 : abah, kita2 sama2 annoying k. bukan angah sorg je taauu. hehe :p


 GAMBAR 11 : angah anak no.2, abah pun anak no.2. sbb tu kita serasi :p




 GAMBAR 12 : seeeeee, adik sy pun suka buli sy k. haha *gambar last :p


P/S : more photos will be upload soon. sje je post yg ni dulu, sbb skrg dh bosan tahap phD -.- ingatkan nk post bila semua gambar dh ada, tp x pe lah. yg lain nnt je (:





 

Friday, July 8, 2011

Fake number 2

hello dan assalamualaikum.

first sekali, sy nak bgtau mmg skrg ni sy x ada mood sgt. sbb saya baru je nampak dan jumpa fake nombor 2. yg dahsyatnya, fake ni tau mcm2 psl sy. and i hv to admit, semua benda yg dia tau ni semua dpd blog. gambar2 semuaa, even CARA SAYA taip pun samaaa. kalau korang perasan, sy suka taip panjang2, cth mcm ni "alaaaaaa", yes, and sy suka buat smiley terbalik mcm ni "(:". and this fake person did the same thing !

http://www.facebook.com/profile.php?id=100001272142721#!/mirarafilzah 

hmm k, skrg ni bila sy baca cmnt gambar default tu, sy buat conclusion sy sendiri. utk pengetahuan semuaa, sy ada seorg mutual friend yg sama dgn fb "Myra Filzah" ni. and fb acc ni baru shj buat ! tengok lah first profle picture dia pun 2 July k. conclusion skrg, kononnya mcm "Myra Filzah" ni ada "apa-apa" dgn seorg lelaki yg namanya disebut dlm comment2 nii. sedangkan, hakikatnya sy langsung x kenal lelaki tu. buka ni, dan baca k :

http://www.facebook.com/profile.php?id=100001272142721#!/photo.php?fbid=100781993351866&set=a.100781990018533.1218.100002601963114&type=1&theater 

ni sebagai buktinya pula incase kalau ada sesiapa yg x boleh buka link tu :



sorry gambar extra besar, sbb mmg nk bagi jelas utk dibaca. siapa dua lelaki ni ? Razie Razi ? Muhammad Lathif ? serious sy x kenal, tp gaya dorg dua mcm dh kenal lamaaa dgn sy. 

kpd pemilik fb "Myra Filzah", sy tau awk dpt gambar2 dan maklumat semua tu dpd blog sy. sy haraaapp sgt awk delete lah acc fb ni. mungkin sy x tau siapa awk sbnrnya, tp Allah tahu kan ? walauapa pun niat awk, delete je lah fb ni. kalau ada apa2, msg je lah fb sy bgtau. tp jgn lah buat mcm ni k.

semoga Allah membalas budi baik awk dgn mendelete fb ni. amin, bye (:

Monday, July 4, 2011

Baju Kurung with Jeans huh ?

hello dan assalamualaikum (:

jaaappp, sebelum start nk tunjuk satu gambar dulu. 
 **utk gambar yg lebih jelas, click je pada gambar tu k (:




* ni dia baju kurung yg dipakai dgn jeans. haha apa kena terdesak sampai mcm tu kan ? meh dgr cerita (:

1. hari jumaat lepas balik kg, dkt Perak. mcm biasa, kalau balik Perak mst dua2 rumah kena singgah. rumah opah belah mak dkt Ipoh. rumah opah belah abah plak dkt Tronoh. muah muah syg dua2 <3 

2. baju dpd kolej mmg bawak balik sikit je, sbb tau dah, hari ahad nnt balik dpd Perak je terus hnta balik kolej. mmg x akan singgah balik rumah, nk amik baju basuh ni tu bla bla.

3. dah bwk baju sikit, tinggal plak dkt rumah opah belah mak. sedangkan mlm tu nk tdo rumah opah belah abah. esk pagi, x de baju. baju kurung je ada, sehelai :/ 

4. baju kurung tu dh pakai hr jumaat pg class, x kan nk pakai lg sekali hr sabtuuu :/ kebetulan along ada jeans yg lawaaa, hehe apa lg, pinjam lah ! :D dan baju kurung tu di kedut2kan dan diikat ditepi guna getah pasar warna oren tu je (:

NAK BGTAAAAUUU : 3 hari tau sy cuba upload gambar2 ni dkt blog :( nsb baik hari ketiga ni dah x de masalah gambar terbalik dan sebagainya.

hasilnya :





okay gambar tudung tu sje je tunjuk, hehe kepala tu mcm kerang dah tengok :p
 
okay TIPS
1. bukan semua baju kurung boleh dipakai dgn jeans. baju kurung yg mempunya material kain lembut shj sesuai. kain cotton dan sebagainya x sesuai.
2. pastikan corak baju kurung tu mempunya corak yg padat/penuh/kecil2. 
3. pakai dgn jeans boot cut lebih sesuai dpd pakai skinny jeans.
4. pakai heels/wedges lebih sesuai (:
5. padankan dgn beg tangan bertali panjang dan aksesori gelang tangan.

**cuba lah, org mungkin x kan perasan yg itu sbnrnya baju kurung (:


ini lah sbnrnyaaaa, baju kurung (:






okay dah, tu je gambar (: lepas sampai je rumah opah belah mak, sy pun tuka baju sbb nk pg Taiping (:
 ni opah, belah mak <3



  P/S : THANKS TO MY PART TIME PHOTOGRAPHER, kakak sy sendiri, Nur'ain Farhanah. hehe <3