Tuesday, November 1, 2011

Berubah Utk Menjadi Lebih Baik

Hello dan Assalamualaikum.

Perubahan ? tajuk perubahan yg saya maksudkan di atas adalah perubahan dlm diri saya, perubahan imej saya kepada yg lebih baik. Alhamdulillah, sudah hampir 6 bulan saya memakai tudung dan saya sgt selesa dgn perubahan ni. Malah, sedikit pun tak terlintas dlm fikiran saya utk membuka tudung. Disebabkan perubahan saya yg sgt drastic utk memakai tudung, ramai yg beranggapan pemakaian tudung saya ni tidak kekal. Tp syukur, hati saya lebih kuat utk melakukan apa yg baik utk saya dpd segalanya.

Perubahan. Perubahan yg saya maksudkan adalah apabila segalanya berubah dlm hidup saya selepas saya memakai tudung. Pada hari saya berniat utk memakai tudung selamanya, saya juga berniat utk merubah segalanya. Saya memakai tudung 4 hari sebelum saya masuk belajar di UiTM. Dgn ini, saya sgt berharap saya dpt memulakan hidup baru, di tempat baru, dgn org baru disekeliling saya. Selepas saya pakai je tudung, saya rasa seperti ada kehidupan baru yg saya jalani.  Mcm reborn plak. cehh :p haha. *poyo. k dah sambung.

Bukannya maksud saya nk melupakan org2 atau kwn2 lama saya dulu di sekolah dan sebagainya. Cuma saya rasa, pada zaman sekolah saya, memang banyak sgt kenangan indah. Tp banyak jgak  kenangan pahit, drama2 yg berlaku dlm hidup saya. Ye lah kaann, budak sekolah lah katakan. umur baru nk meningkat. Saya rasa mst banyak “drama” time zaman korang sekolah dulu ? esp the girls :p siapa tak setuju dgn tu ? gaduh dgn kwn lah apa lah, itu perkara biasa kan time sek kann ? (:

Banyak sebenarnya masa lalu yg saya nak lupakan. Org org pada masa lalu yg saya berharaaapp sgt yg saya langsung tak pernah kenal dorg. Sampai mcm tu sekalikan ? setiap apa yg saya harap ni ada sebabnya. Bukan tanpa sebab. Orang tak habis2 nak cari ‘pasal’ dgn saya. Knp ? org mengata saya belakang2 ke, mengata saya depan2 ke, saya dah lali. Pernah sekali, pada suatu masa tu, saya sangaaaaaat bersabar. Sangat sangat bersabar, tahan telinga dan mata saya, walaupun sakit mendengar, sakit melihat. Dgn harapan, kesabaran saya ni akan terbalas. Dgn harapan, Allah akn mendengar doa saya, dan berhenti segalan kata kata buruk pada saya. Kdg2 saya rasa hairan, besar sgt ke dosa saya buat  sampai hebat mcm ni dugaan saya ? 

Kawan. Skrg, kawan saya boleh dikira dgn jari je. Saya sangat teliti dlm pemilihan kwn. Bukan saya memiilih berdasarkan rupa, atau harta. Tp saya memilih berdasarkan hati. Saya jadi takut utk memiliki ramaaaai kawan, ramai teman akibat masa lalu saya. Saya, banyak belajar dpd kesilapan dulu. kalau boleh, kesilapan dulu, tak nak saya ulang dlm “kehidupan baru” saya ni. Saya sangat sayangkan kehidupan saya skrg ni, sgt sayangkan org sekeliling saya skrg ni. Saya mohon diluar sana, kepada siapa shj, jangan ganggu saya. Jangan menabur fitnah pada saya, jangan mengata saya tanpa sebab kerana semua itu sudah cukup saya lalui suatu masa dulu. 

Hmm sejak bertudung ni, banyak yg saya titikberatkan. Dari segi pemakaian, sebagai cth, kalau dulu sarung je tshirt lengan pendek kalau nk kelua pg kedai. Kdg2 pendek sgt lengan tu. Tp skrg, saya akan pakai cardigan, atau arm socks. kalau dulu baju ketat lah, jarang lah, skrg semua itu tidak lg. saya tak tahu kenapa, saya langsung tak ‘rindu’, tak ‘jealous’ dgn kehidupan lama saya semasa free hair dulu. saya tak rindu nk curlkan rambut, saya tak rindu nk pakai leggings, saya tak rindu semua tu. Somehow, saya rasa sgt tenang dgn keadaan saya skrg. Kalau dulu, bising jgak lah saya ni, gelak sana sini. Gedik gidik. Tp skrg, org akan anggap saya pendiam. Tak pe, saya selesa menjadi seorg pendiam skrg ni. dari segi lain pula, adalah dari segi pergaulan, batas saya dgn lelaki, percakapan, gaya saya, semuanya sudah berubah. Dari segi ibadah saya pula, lebih terjaga. Kalau dulu, tinggal sembahyang subuh ke, isyak ke, biasaaaaa je. Skrg tidak. Emm ada lah jgak skrg, kdg2 kan, rasa malaaass je, sukaa lambatkan sembahyang, kalau dh penat tu rasa nk tidur terus, tp semua tu dugaan. Setan tgh menggoda.

Apa yg saya cuba sampaikan hari ni adalah, setiap manusia berhak utk berubah. Berubah utk menjadi lebih baik. Perubahan ini haruslah disokong, kan ? bukannya dipertikaikan lagi, bukannya diungkit salah lama, CTH : cth lah tau. “bajet baik je perempuan tu skrg. dulu, mcm ni *&^^% jgak, dulu mcm tu *&$#$ jgak”. Skrg saya nk tanya balik, adakah perubahan itu patut dinilai dgn masa lalu ? nama pun perubahan. Mesti lah perubahan itu menjadi sesuatu yg baru kan ? knp yg lama dan baru harus dicampur adukkan ?

Ada org ckp dgn saya, saya ni selalu kata org baik, anggap org baik. Semuaaa baik. Sampai org yg terserempak minta nombor pun kata org tu baik. ~ jawapan saya hanya satu je, saya tak suka beranggapan buruk pada org. saya rasa semua pun sejahat2 mana pun, pasti ada ‘sedikit’ baik pada dia.  Sbb tu, sampai skrg saya masih berdiam dgn org org yg pernah sakitkan hati saya dulu. saya berdiam, tandanya saya ingin berdamai. Kalau saya tak lawan balik ckp sesorg tu, kalau saya tak pertahankan balik kalau dlm sesuatu masalah itu maknanya saya tak nk keadaan jd lg rumit. Itu je.  Saya tak suka berdendam. Cuma, apa yg boleh saya katakan, saya orgnya kalau sesorg tu pernah buat salah dkt saya, atau apa2 je lah, saya mesti tak boleh nk back to normal. Act like nothing happened. Tak. Saya dah memaafkan, tp mungkin hati saya ni dah terlampau sakit, banyak sgt yg dipendam, sbb tu saya tak boleh nk jd seperti biasa dgn sesorg atau org org yg pernah sakitkan hati saya. faham tak ? :/

OUH, emm ada satu org ni dkt fb, dia like fan page saya. dia baca blog saya. dia menegur saya, dia kata cara pemakaian tudung saya salah. Saya terima teguran dia dgn hati yg terbuka (: saya sukaaa org yg bg nasihat baik, atau menegur saya secara baik. Walaupun org tu menegur saya dgn agak kasar, saya terima. Mungkin itu cara dia kan ? sbb saya tak kenal dia lgsg. Dia bukan kwn lama saya ke apa ke, dia hanya seorg dlm fb. saya fikir positive (: Apa yg saya balas dkt org tu, “terima kasih, saya akan cuba utk berubah menjadi lebih baik”. Tapi, tak lama kemudian, org yg sama jgak mengutuk saya kata saya ni poyo lah perasan lah hapa lah. Saya jadi pelik. Lepas dpt je comment mcm tu dpd dia, timbul persoalan dlm hati saya. ADAKAH DULU, DIA MENEGUR SAYA UTK KEBAIKAN SAYA ATAU UTK MEMALUKAN SAYA ? MUNGKINKAH, DIA BERHARAP SEMASA MENEGUR SAYA TU SAYA AKAN MARAH DIA ? TAAAAPII, disbbkan saya tak marah lgsg, dia buat keputusan je utk kutuk saya direct terus. Tak payah nk tegur2. MACAM TU KE ? 

Dengar ni (: saya tak sempurna. Saya hanya manusia. Setiap manusia ada keburukan dan kebaikan. Tp sekurang2nya, saya TAK mengata org. saya tak suka nk cari kesalahan org, saya tak suka nk gaduh dgn org. tp kenapa org nk buat mcm tu dgn saya ? wallahualam. Biarlah dosa dan amalan saya dinilai oleh Allah sendiri. Bukannya manusia yg saya rasa sama darjatnya dgn saya sebagai hamba Allah. Bayangkan orang yg saya tak kenal lgsg berniat utk menjatuhkan saya, apatah lagi org org yg saya ‘pernah’ kenal (:

P/S : saya harap sgt semua org dpt terima perubahan saya dgn baik. Saya harap sgt semua dpt menyokong saya dgn apa yg saya lakukan. Maafkan saya kalau ayat ayat diatas buat sesiapa sahaja yg membaca ni terasa, terguris dan sebagainya. Saya akan cuba menjadi yg lebih baik selepas ni.

**mak selalu kata “dunia dah akhir zaman”. “dunia nak kiamat” apabila melihat gempa bumi sana sini, banjir, sebagainya. saya takut sgt, sbb siapa tahu bila akan berlakunya kiamat kan ? siapa tahu, tahun depan ? bulan depan ? minggu depan ? Jumaat ni ? hmm. Tp jauh dalam hati saya, saya sangaaaaaaaat berharap saya mempunyai kesempatan utk merasai kehidupan utk berkahwin, mendapat anak, melihat anak membesar, melihat anak kahwin, sampaaaai lah saya tua (: dan itu memakan masa berpuluh2 tahun. saya berdoa, semoga bumi ni dipanjangkan umur, amin.

Ye, saya hanya 18 tahun. tetapi, 
pengalaman telah mematangkan saya 
dan dunia telah mengajar saya. 
thanks for reading this long entry (:


33 comments:

Ellyn Zaisy Szyy said...

Nice thought of you, neighbour!

Dee Zahari said...

The best entry ever..

keep it up.

Sy tidak mungkin menjadi setabah dan sebaik awk. :)

#Jgn risau, Allah tahu hati kita.

Nurul Mazni Sawal said...

bila bacakan akak rase mira bukan 18 tahun.. but someone yang dah berumur lebih dari tu.. dah terlalu matang.. kuatkan hati.. cekal.. tabah hadapi hari mendtang.. sebab hari mendatang lagi menakutkan dari hari sekarang nie.. akak sokong mira time mira kate "hari ni first day mira pakai tudung".. alhamdulillah..

semoga impian mira dan semua orang tercapai.. amin~

amier azrul alias said...

fuhh tulisan yg panjang.
tapi dengan penuh keikhlasan,
tak percaya pulak dpt baca habis hehe!

1) ya, memang manusia akan berubah dan perlu berubah..tp biarlah kepada yg lebih positif dan lebih baik.

2)go on with ur new life..semoga dipermudahkan.

3)i agree with u, "sejahat2 mana pun, pasti ada ‘sedikit’ baik pada dia.

Schafiq Hasyriq said...

be strong k =D

fatin farhanah said...

awak thanx yaah:)
tersentuh biler bace blog awk. situasi awk same mcm saya.
sgt same n serupa. kalau saya ta kuat saya ta kan bertahan smpai skrang. awk bg saya smngat sgt sgt after bce blog awk. thanx again awk. kuwat yaahh awk. doakan terbaek untuk awk. aminn. kuwaat awk<3

FizaFizz said...

alhamdulilllah mira dah berubah menjadi lebih baik. Saya tak nampak apa2 yang buruk tentang awak pun. Pelik juga bila orang yang tak kita kenal tiba2 nak menilai yang buruk2 pasal kita.Padahal tak pernahh kenal langsunggg pun. Nonsense sangat2!

Sabar ya. Anggap saje ni adalah ujian dari Allas s.w.t. Berdoa padanya supaya awak tabah dan tenang. Jangan cepat melatah. Btw, awak sangat kuat. Keep your strength ya dear. ^^

lots of love. :)

FizaFizz said...

*Allah s.w.t

najwa mohd said...

salam. xpe mira, jgn jd d0wn sbb 0rg2 mcm tu. kita semua sma level je dimata Allah. yg pentg niat ikhlas krn Allah.. be str0ng girl. insyaAllah b0leh :)

je hyung jie said...

Ujian diberikan untuk kita agar kita sentiasa mengingati yang Maha Esa... just don't give up.. U're strong enough to handle it.. InsyaAllah..

♛RaRa♛ said...

wassalam mira ^-^/'*hai kat awak skitt...hee
-kata saya:alhamdulilah sangat awak sudah berubah kearah yg lebih baik,saya sukee tgk perubahan awak,lagi cantek,sopan..:)tapii awak jangan cepat putus asa yea dengan manusia sekeliling yg kkdng byk unsur(-)..mereka nie mybe ujian wat awak,kuat semangat yea n cekalkan hati tau,jangan lupa byk2 doakan kat tuhan..saya tahu awak seorang yg kuat dan xputus asa...yeahhh.go mira,go mira hihi ^-^

p/s:ehh.saya suka tgk mira yg baruu,sebab awak nmpak lbih matured+lawaa.... ^-^

sniffa said...

assalamualaikum.
first time dtg sini.
yup. alhamdulillah, mira buat benda betul sangat2.

apa2 pun yang mira buat, pedulikan kata-kata negatif daripda orang lain.
teruskan buat apa yang betul and baik untuk diri mira.

happy jugak tengok mira rasa senang dengan perubahan drastik ni. and moga mira & kita semua sentiasa jadi lebih baik dari sebelum ni.

oh kita sebaya rupanya^^
nanti free jom keluar nak? hehe alang2 mira study shah alam. aku dok dekat2 sini jugak:)

cik EPAL said...

Alhamdulillah mira dah berubah ke arah kebaikan. Kekal kan lah macam ni. =)


Ada orang dipandang baik dimata manusia tetapi tidak di mata ALLAH. Kita nak jadi yang mana satu? dipandang baik dimata manusia atau Allah?



Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.


Be strong. Yang penting Allah tahu niat Mira. Pasal orang nak cakap apa-apa tu, biar je lah. Doakan je yang terbaik untuk dia.Tak payah layan sangat. Biasalah tu. Manusia. Nanti akan sampai satu tahap dia akan diam dengan sendiri =)

suk said...

semoga kamu kekal kuat dan tabah dan berubah menjadi lebih baik setiap hari. amin.

eienrazak said...

be strong mira,biar orang nak cakap apa yang penting niat mira nak berubah.Alhamdulillah and keep it up!

Noorul Amera Adnan said...

be strong dear >.<

naf. said...

semoga kita dapat berubah untuk jadi yang lebih baik,mira. saya pun tgh dalam usaha untuk berubah jadi yang lebih baik. saya doakan yang terbaik untuk kita semua.amin:)

encik iqram said...

suka baca mengenai kawan..i have lots of frenz..tapi tak de sorang pun besfren..kawan adalah mekanisma untuk mengerakkan sesuatu..kalau tak perlu digerakkan maka tak perlu jadi kawan..just say hye jee..haha kejamkan..tp masa akan ajar untuk mira jadi kejam lagi.. :)

azalia hjsalleh said...

alhamdulillah. moga ianya kekal. insyallah amin

kita yg bertudung nie pun masih byk yg nak dibetulkan

azvra mohdana said...

alhamdulillah..boleh dikatakan zaman kita sewaktu bersekolah dulu hampir sama mira..hanya tuhan saja yg tahu perasaan sy waktu tu dan sekarang sy masih cuba utk melupakan apa yg pernah jadi waktu tu.. :(

Amirah Filzah said...

terima kasih, semua :')

NadyaBubble said...

mmg kak ! zaman skolah lah plg banyak drama -.-

btw, semoga akk kekal dgn perubahan ni. insyaallah :)

all the best kay ! :D

Cik aisyah :) said...

pehh. tersentuh beb baca entri ni. awak memang baik mira :) insyaAllah perubahan ini akn kekal :)

Nurafiqah said...

sbaar okey ^^

iedchan said...

alhamdulillah...lagik comey u pakai tudung tau..hehe...terus kan usaha..hiyah2

Nessa Sierra said...

people change

i time masuk UiTM 2nd week pakai tudung. Best kan bertudung. Hehe.

Sahbudin said...

insya'allah...klu sgalanya ikhlas krn Allah swt..kita akn sntiasa dekat denganNya..

Miraro said...

Betul kata awak masa zaman sekolah dulu banyak sangat fitnah ditabur. Kita stress sangat masa f5, sampai satu hari tu rasa macam nak habeskan alam persekolahan cepat2.biat tak stress,


&& yeahh. betul kata awak juga kehidupan di u menuntut kita untuk jadi seseorang yang baru dngan keadaan sekeliling. and alhamdulillah. kita bahgia sangat kehidupan sekarang dari dulu ;)

mizuki said...

amirah filzah...akak sgt bangga dgn awak....dan akk sokong prubahan mirah ni seratus peratus....

kisah kita lbih kurg sama....dan anggapn srta pmikirn kita trhdp sesuatu bnda pn lbh kurg sama....kita prlu tabah dn kuat hadapi semua ni....bersyukur dgn prubhn yg Allah berikan kt kita....mgkn rmai yg bnci kita,tp mgkn lbh ramai yg akn syg kita ...

kita x tau dik...yg pnting beri ksh syg kt semua org trmsuk org yg bnci kita...ya akk suka cra mira anggp semua org baik....dn itu pesan ayh akk pd akk...sbb Allah membolak balikkn ht manusia...mgkn hr ni kt baik/jht mne thu esok lusa Allah nk uji kita jd sebaliknya...

jd sentiasa bersgka baik....:))) jgn rase tersisih...awak ade ramai kwn yg syg awk lepas nie....jaga diri mira...moga Allah sntiasa dlm ht kita....

Syimir said...

insyaAllah,mira .Allah sentiasa bersama org yg sabar. goodluck to you k.pedulikan org kata.kita x mahu mulia di sisi manusia,tapi mulia di sisi tuhan :)

Ain Hisham said...

salam. sabar mira. ini adlah ujian dn dugaan dlm hidup mira skrang ini, hidup ni mcam roda, ap yg orang buat pada kita satu hari nti pasti akan mendapat blasan setimpal dripada Allah, sesungguhnye doa orang yg teranaia adlah pling makbul , mnusia xpernah puas dngan ap yg dimiliki, harap mira sbar bnyak2 dn selalu dekatkan dri pda Allah .wasalam

Amirah Filzah said...

amin yaAllah, amin.

manman said...

nice one. it's nice to hear from someone who's saying and searching for an unusual change.
saya harap, niat kamu untuk menjadi yang lebih baik itu berterusan.
Setiap insan yang inginkan perubahan, sudah tentu akan berdepan dengan cubaan.anggaplah semua kritikan yang melemahkan semangat kamu itu untuk berubah, sebagai satu bukti cinta dan rasa kasih sayang dari Allah, yang menginginkan hambaNya untuk kembali kpd jalan yang benar.